Translate

05/08/2012

Penerbit siri animasi Upin & Ipin, Les’ Copaque Production ambil tindakan ke atas PAS ??

Tindakan PAS Guna Watak Upin & Ipin Dikesali


HAH ALAM – Penerbit siri animasi terkenal Upin & Ipin, Les’ Copaque Production kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menggunakan watak kanak-kanak itu untuk tujuan politik dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
Penasihat Undang-undang Les’ Copaque Production, Mohd Rafiezi Mohd Tahir berkata, pihaknya kini sedang mengkaji tindakan undang-undang yang akan diambil jika pihak terbabit terus menggunakan watak Upin & Ipin untuk tujuan politik.
Katanya, tindakan menggunakan watak Upin & Ipin untuk tujuan politik tidak dapat diterima kerana ia merupakan entiti perniagaan yang bersifat neutral.

“Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque) tidak pernah menerima sebarang permohonan apatahlagi memberi keizinan kepada mana-mana pihak termasuk parti politik untuk menggunakan watak-watak dalam siri animasi Upin & Ipin sebagai ikon promosi di kain rentang dan medium lain,” jelas, pada sidang media di ibu pejabat Les’ Copaque di sini, Jumaat.
Mohd Rafiezi menjelaskan, tindakan pihak terbabit merupakan perlanggaran undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987, yang mana watak-watak dalam siri animasi Upin & Ipin telah dipatenkan sebagai hak milik Les’ Copaque.
Beliau mengulas akan tindakan PAS menggunakan watak-watak dalam siri animasinya dalam kain rentang yang telah dipasang di persimpangan jalan Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Permaisuri, baru-baru ini.
Sumber: mysuaranet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...