Aktor yang juga merupakan bekas teman lelaki Abby Abadi Zul Ariffin atau
nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, akui terkejut apabila mendapat tahu
Pelakon wanita itu kini sudah berpolitik hingga melakukan ceramah di
sana-sini.
"Memang saya terkejut sangat bila mendapat tahu hal ini. Malah,
saya pun baru sahaja diberitahu tentang penglibatannya di dalam politik dan
bagaimana aktifnya dia menyuarakan pendapat serta pandangannya terutama di
laman sosial.
"Saya pun tidak tahu hendak komen apa tentang kegiatan politiknya
itu. Sebab, politik bagi saya adalah satu isu yang bukan main-main. Kita harus
tahu apa yang kita suarakan dan tidak seharusnya dipengaruhi orang-orang yang
ada disekeliling terutama mereka yang baru kita sertai.
"Dalam kes Abby Abadi, saya tidak pasti dia berada di situasi yang
bagaimana. Saya sendiri pun tidak tahu macamana dia boleh menceburkan diri
dalam bidang ini kerana sejak berpisah, kami jarang berhubungan. Kalau ada pun
hanya sekali-sekala,"katanya kepada wartawan portal Hiburan Murai.com.my.
sumber:klpos