Translate

20/09/2014

UCAPAN YANG DIRANCANG OLEH ANWAR ???


BATU PAHAT: PAS akan dilabel sebagai parti mungkir janji sekiranya parti Islam itu menerima jawatan Menteri Besar Selangor.

Perwakilan yang mengetuai Biro Hak Manusia dan Hal Ehwal Undang-undang parti itu, Mohamed Hanipa Maidin (Klik) ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, berkata sekiranya PAS menerima jawatan berkenaan, parti itu akan menjadi ketua dalam kerajaan negeri yang tidak stabil dan mungkin berdepan tindakan sabotaj oleh rakan pakatan.

"Jika kita terima jawatan ini, PAS perlu menyesuaikan diri dengan kenyataan yang kita adalah parti yang mungkir janji. Jika semua boleh biasakan diri dengan itu, baiklah.

"Jika kita terima, kita akan mengetuai kerajaan negeri yang tidak stabil dan mungkin menghadapi pilihan raya negeri," katanya sambil diejek oleh perwakilan yang berada di dalam dewan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...