Tiada calon MB Selangor selain Wan Azizah, kata Anwar
Ketua Umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim mengulangi pendirian hanya nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dicalonkan sebagai menteri besar Selangor seperti yang diputuskan
Pakatan Rakyat (PR) pada 17 Ogos lalu.
Katanya,
dakwaan mengatakan PAS masih mahu calon kedua selain Dr Wan Azizah itu tidak
berbangkit dan yakin 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor juga
akan menyokong presiden PKR selepas keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR).
