Translate

24/08/2014

ADUHAI !!! ANWAR UDAH GILA TALAK ???


Tiada calon MB Selangor selain Wan Azizah, kata Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian hanya nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai menteri besar Selangor seperti yang diputuskan Pakatan Rakyat (PR) pada 17 Ogos lalu.

Katanya, dakwaan mengatakan PAS masih mahu calon kedua selain Dr Wan Azizah itu tidak berbangkit dan yakin 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor juga akan menyokong presiden PKR selepas keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR).

"Saya sudah semak. Tidak ada isu sebab PAS kata mereka akan rujuk kepada mesyuarat tertinggi Isnin ini.

"Tetapi keputusan sudah dibuat. Jadi tidak ada isu," katanya kepada pemberita selepas Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider hari ini parti Islam itu akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin untuk membincangkan sama ada mereka mahu menyokong Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tidak.

Sumbermemberitahu, mesyuarat itu dipanggil sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menyokong secara terbuka agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor, sebelum Adun Pelabuhan Klang itu dipecat PKR. – 23 Ogos, 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...