Hai...labu..labu. Terlalu banyak belajar pembohongan dan penipuan
daripada DAP ? orang lain pulak nak disalahkan.
Mengulas kritikan Perdana Menteri (Klik) terhadap PKR dan DAP dalam isu perlantikan Menteri
Besar Selangor, beliau berkata Dato’ Seri Najib Razak telah bersama dengan
pemimpin Umno sejak 1983 dan 1993 dalam menyokong pindaan perlembagaan bagi
menjelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja
berperlembagaan.
"Kenyataan Dato’ Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian KEADILAN yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan," katanya.
Menurut Anwar, Najib sedia maklum bahawa
dalam sejarah pemerintahan Umno sejak merdeka hingga kini, parti itu dan BN
(dahulunya Perikatan) hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli
Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.
"Selaku Perdana Menteri, Dato Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan Kerajaan BN dan tidak
menyerang KEADILAN kerana mematuhi amalan yang sama,"