Tanpa
sedar, Rafizi sedang
meletak dirinya hampir setaraf dengan Mahathir dari segi menukar pemimpin sedia ada apabila
Langkah Kajangnya sebelum ini berjaya memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletak
jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Cuma keputusan akhir Langkah Kajang yang digerakkan Rafizi, tidak
menjadi seperti yang diharapkan bila Wan Azizah tidak berjaya menjadi Menteri
Besar Selangor yang baru, sebaliknya Azmin Ali
pulak yang tak pasal merasa.
Apa pun
kira dahsyatlah Rafizi tu - budak yang dikira mentah berbanding Mahathir yang
dikaitkan dengan perletakkan jawatan 3 Perdana Menteri dari 6 yang kita
pernah/masih ada.


