Tanpa
sedar, Rafizi sedang
meletak dirinya hampir setaraf dengan Mahathir dari segi menukar pemimpin sedia ada apabila
Langkah Kajangnya sebelum ini berjaya memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletak
jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Cuma keputusan akhir Langkah Kajang yang digerakkan Rafizi, tidak
menjadi seperti yang diharapkan bila Wan Azizah tidak berjaya menjadi Menteri
Besar Selangor yang baru, sebaliknya Azmin Ali
pulak yang tak pasal merasa.
Apa pun
kira dahsyatlah Rafizi tu - budak yang dikira mentah berbanding Mahathir yang
dikaitkan dengan perletakkan jawatan 3 Perdana Menteri dari 6 yang kita
pernah/masih ada.
Sekarang
Rafizi dikatakan berusaha nak gantikan Azmin melalui Langkah Kajang 2 - melalui
pendedahan mengenai penyelewengan dan kaitannya dengan rasuah wang dan
perempuan dalam kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Azmin.
Sementara
Mahathir pula sedang berusaha keras nak menjatuhkan Najib Razak melalui
Deklarasi Rakyat dengan 'berjuta' tandatangan (palsu) setelah menipu rakyat
konon wujud 'skandal' 1MDB dan isu berkaitan derma RM 2.6 billion tidak
menjadi.
Kita nak
lihat, antara 2 gerakan ini, yang mana satu akan berjaya menyingkirkan sasaran
masing-masing. Kalau Najib masih di pejabatnya sementara Azmin diturunkan, itu
bermaksud Rafizi si budak mentah ini lebih berakal dari Mahathir yang kononnya
bertaraf The Giant Killer.
Sumber: Balqis Sheikh