Surat Tunjuk
Sebab: Khalid Dedah Rahsia Langkah Kajang
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
akhirnya mengakui bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan 'Langkah Kajang'
yang dirancang Parti Keadilan Rakyat (PKR), terutama berhubung nasibnya sebagai
Menteri Besar Selangor.
Mendedahkan perkara itu, Abdul Khalid berkata, 'Langkah Kajang' dilaksanakan sebagai 'arahan' oleh partinya tanpa memberi pertimbangan wajar mengenai kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif Selangor.
"Alasan
untuk 'Langkah Kajang' tidak pernah dikemukakan kepada saya secara tulus dan
ikhlas supaya saya dapat menghalusinya. Alasan yang kononnya telah diberikan
adalah berubah-ubah dan tidak menentu serta mewujudkan kekeliruan.
"Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah bersetuju dengan tindakan 'Langkah Kajang' yang dilakukan Lee Chin Cheh dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang tanpa alasan munasabah yang ternyata mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat Selangor," katannya pada Rabu.

Sumber: KLIK DISINI