Translate

06/08/2014

SUDAH SAMPAI MASANYA UMAT ISLAM BERSATU !!!


SATU TINDAKAN YANG DRASTIK, CEPAT DAN TEPAT  SEBELUM TERLAMBAT !!!

PERKARA YANG BAIK PERLU DISEGERAKAN. JANGAN IKUT CARA PKR. LAIN ORANG SIBUK DENGAN KEBAJIKAN RAKYAT, MEREKA SIBUK DENGAN DASAR-DASAR KEPERIBADIAN NUAR AL-JUBURI.

SEMUA TERBONGKAR. KENAPA DULU TIDAK DIUMUMKAN, SEKARANG BARU DI UMUM ???

INI MENUNJUKKAN DASAR PEMERINTAHAN YANG DILAKSANAKAN OLEH PEMIMPIN PKR TIDAK TELUS.

Datuk Mujahid Rawa dan Datuk Saifuddin Abdullah, dua ahli politik PAS dan Umno membuat keputusan untuk bergabung memulakan gerakan untuk memerangi masalah perkauman di Malaysia.

Masih belum jelas sama ada parti masing-masing merestui rancangan mereka tetapi Tamrin Ghafar daripada PAS, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba sudah dijemput untuk menyertai mesyuarat pertama badan bukan kerajaan (NGO) itu minggu depan.

"Pada dasarnya kita bersetuju untuk menubuhkan NGO ini dengan Mujahid menjadi pengerusinya manakala Saifuddin menjadi timbalannya," kata Tamrin kepada The Malaysian Insider.

Tamrin berkata, beliau yakin dengan sokongan akar umbi yang kuat dalam PAS dan Umno terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan, inisiatif itu akan membawa satu dimensi baharu kepada perpaduan antara kaum dalam negara, di mana Bumiputera membentuk 60% daripada populasi 30 juta dengan kaum minoriti Cina dan India membentuk jumlah ketara.

"Kita akan gabungkan semua pihak dalam gerakan ini termasuk PAS, Umno, MCA dan lain-lain. Kita sudah berjaya mendapat persetujuan beberapa tokoh lagi, daripada kaum Cina dan India, namun belum masanya untuk kita umumkan lagi," katanya.

NGO ini muncul kurang dua bulan selepas penubuhan Negara-ku, sebuah gabungan lebih 70 NGO yang ditubuhkan untuk memulihdan mengembalikan harapan kepada Malaysia dalam menangani ancaman kepada keamanan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...