Translate

27/08/2014

NUAR TERUS MEROYAN, SALAHKAN SYEIKH ABDUL HADI ???

Kerusi MB Semakin Jauh Dari Capaian Wan Azizah.
Nuar terus meroyan.....
KUALA LUMPUR: (Klik) Titah Sultan Selangor yang mahukan Pakatan Rakyat mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar dilihat oleh penganalisis politik seolah-olah kerusi nombor satu di Selangor itu semakin jauh dari capaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat perlu membaca perkembangan itu sebagai suatu isyarat tersirat berhubung jawatan yang menghangatkan landskap politik tanah air khususnya di Selangor itu.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata daripada titah itu, PKR perlu meneliti semula pelan asal yang mahu menobatkan Dr Wan Azizah sebagai ketua eksekutif di negeri yang terkaya di negara ini.

Sekiranya PKR enggan berganjak daripada pelan asal mereka, kemungkinan parti itu perlu berhadapan dengan cabaran yang lebih getir iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...