Translate

27/08/2014

ALAHAI....MACAM BAYAR SAMAN TRAFIK AJE ???


Inilah yang menyebabkan mereka-mereka ini tidak takut untuk melanggar undang-undang Tatasusila Negara.

Kalau setakat RM400 sepuluh kali pun mereka masih berani melakukan. GLAMOUR pulak tu !!!!

Tak kan lah pemimpin-pemimpin Negara tidak melihat perkara ini dan berbuat sesuatu agar hukuman denda yang lebih setimpal dikenakan agar menjadi satu pengajaran yang digeruni ???

Jika tidak perbuatan seumpama ini akan terus berulang-ulang.


IPOH - Dua model yang berpakaian separuh bogel sewaktu menjalankan sesi penggambaran di Jalan Sultan Yusuf di sini Isnin lalu mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini, semalam.

How Jo Yee, 21 dan Low Kah Wai, 27, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu mengganggu kententeraman awam (public nuisance) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 290 kanun sama dengan denda tidak melebihi RM400.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman denda RM400 dan jika gagal bayar,  penjara sebulan akan dikenakan ke atas kedua-dua model terbabit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...