Khamis, 28 Ogos 2014

KHALID SAMAD DURI DALAM DAGING BAGI PAS ???


Maklumat dalam parti pasti dibocorkan oleh KHALID terutama kepada PKR demi untuk abang tersayang NUAR BRAHIM ?????

Berundurlah jika tak sokong Pakatan (ungkapan yang penuh bermakna ditujukan kepada pemimpin PAS termasuk Bapak Presiden - Syeikh Abdul Hadi)

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mencabar anggota parti yang tidak setuju dengan pembabitan dengan Pakatan Rakyat agar keluar parti.

Katanya, langkah itu lebih baik berbanding terus membangkitkan masalah dalaman parti memandangkan kerjasama dalam Pakatan sudahpun diputuskan oleh PAS.

"Tahalluf siyasi (kerjasama politik) adalah keputusan muktamar PAS. Saya gesa mereka yang tidak mahu melaksanakannya agar masuk Umno atau BN atau bergerak sendiri. Tinggalkan PAS dan buatlah apa yang anda mahu," katanya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Khalid berkata anggota berkenaan tidak harus membangkitkan masalah sehingga PAS melencong dari tujuannya.

MP Shah Alam itu enggan menamakan individu yang dimaksudkannya namun menggambarkan bahawa beberapa pihak dalam PAS berpendapat bahawa gabungan tersebut tidak bermakna jika tidak memberi keuntungan kepada Islam. ( Islam ke atau untung kocek sendiri )

Katanya, individu itu juga membangkitkan bahawa sekutu parti tersebut hanya meminta bantuan PAS semasa pilihan raya atau demonstrasi besar.

Beliau menjelaskan, PAS sebenarnya mendapat keuntungan dari hubungan tersebut atas kedudukan politik yang diperolehi - dari tahap ketua kampung sehingga anggota exco.

Ini menyebabkan PAS lebih mudah didekati orang awam berbanding sebelum ini.

Tambahnya, "keuntungan pada Islam" tidak semestinya bermaksud Islam atau sesuatu kumpulan etnik menjadi lebih dominan.

Sebaliknya, keuntungan itu lebih kepada usaha membawa keadilan dan kelebihan Islam kepada semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...