Translate

Memaparkan catatan dengan label Bubar DUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bubar DUN. Papar semua catatan

30/08/2014

PKR DAN DAP SEMAKIN BIADAP - BUBAR DUN JALAN TERBAIK


Kemelut jawatan MenteriBesar Selangor (Klik) melangkah ke fasa baharu apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan parti dalam pakatan pembangkang menyediakan lebih daripada dua nama bagi baginda memilih calon terbaik untuk mengisi jawatan eksekutif nombor satu negeri itu.

Keputusan Sultan Selangor itu mencetuskan pelbagai tafsiran dan membawa kepada bacaan politik menarik. Banyak pihak memujinya yang menzahirkan keprihatinan Tuanku untuk melihat Selangor dipimpin Menteri Besar yang benar-benar layak dan berwibawa demi kepentingan rakyat.

Ia juga menjelaskan peranan Sultan tetap diiktiraf dan penting melalui pelaksanaan konsep Demokrasi Beraja. Perlembagaan kita termasuk Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri mengekalkan institusi Raja selain beberapa kuasa budi bicara Raja yang ada kaitan dengan sistem demokrasi.

18/08/2014

Dun Selangor Dijangka Bubar 25 Ogos - tak dapat lah Jijah Kipas duduk kerusi MB ??


Sebelum ini Khalid Ibrahim amat yakin bahawa beliau memperolehi sokongan majoriti dari Adun-Adun Selangor. Namun kenyataan Wan Azizah hari ini telah “mengoncang” pendirian beliau. 

Oleh itu menurut sumber-sumber dalaman SUK, Khalid Ibrahim akan membubarkan Dun Selangor pada 25 Ogos 2014 sekiranya beliau gagal memdapat sokongan penuh daripada PAS. 

Menurut perancangan yang telah dibuat oleh Khalid Ibrahim, beliau memilih tarikh 25 Ogos tersebut berdasarkan kepada tarikh Sultan Selangor pulang dari bercuti iaitu 23 Ogos 2014. Oleh itu, Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor pada 24 Ogos 2014. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...