Kemelut jawatan MenteriBesar Selangor (Klik) melangkah ke fasa baharu apabila Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah menitahkan parti dalam pakatan pembangkang menyediakan
lebih daripada dua nama bagi baginda memilih calon terbaik untuk mengisi
jawatan eksekutif nombor satu negeri itu.
Keputusan
Sultan Selangor itu mencetuskan pelbagai tafsiran dan membawa kepada bacaan
politik menarik. Banyak pihak memujinya yang menzahirkan keprihatinan Tuanku
untuk melihat Selangor dipimpin Menteri Besar yang benar-benar layak dan
berwibawa demi kepentingan rakyat.
Ia
juga menjelaskan peranan Sultan tetap diiktiraf dan penting melalui pelaksanaan
konsep Demokrasi Beraja. Perlembagaan kita termasuk Undang-undang Tubuh
Kerajaan Negeri mengekalkan institusi Raja selain beberapa kuasa budi bicara
Raja yang ada kaitan dengan sistem demokrasi.