Translate

31/08/2014

LGE MEMANG CINA KURANG AJAR. TERLAJAK KERETA BOLEH DIUNDUR, TAPI TERLAJAK KATA2 BURUK PADAHNYA ??


Undang-undang negara ini LKS yang buat ke? Keterlaluan dan kurang ajar, serta PDRM patut mengajarnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri itu, dan bukannya mencabar Khalid, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Tidak perlu mencabar (Ketua Polis Negara), sepatutnya beliau (Lim) menemui Ketua Polis Negara untuk adakan perbincangan. Kita alukan jika ada inisiatif yang mahu jaga keselamatan komuniti, tetapi bukan dengan cara mencabar.


"Jika ada pihak yang mahu membantu polis dan bekerjasama, nyatakan dengan perkataan yang baik bukan dengan cara seolah-olah mencabar kewibawaan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan," kata Zahid kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang hari ini.

Ahmad Zahid berkata Pendaftar Pertubuhan dan Ketua Polis Negara menyatakan bahawa PPS bukan pertubuhan yang sah kerana ia tidak pernah didaftarkan.

Menteri itu yang juga Naib Presiden Umno berkata soal keselamatan negara terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menubuhkan agensi menjaga keselamatan.

"Soal keselamatan termaktub dalam undang-undang Persekutuan. Tiada undang-undang atau enakmen negeri yang izinkan mana-mana pertubuhan untuk menjaga keselamatan. Oleh yang demikian, soal keselamatan adalah soal Persekutuan atau kerajaan Pusat, bukan hak negeri," kata Zahid.

Menurutnya, PPS tidak boleh disamakan dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) yang penubuhannya dilaksanakan menerusi penggubalan undang-undang Persekutuan.

Ditanya sama ada anggota PPS yang terus berdegil untuk menjalankan tugas bakal berhadapan tindakan ditangkap oleh polis, beliau berkata itu boleh dilakukan mengikut undang-undang.

Menurut Zahid, tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil alih tugas polis adalah jelas di bawah undang-undang. – Bernama, 30 Ogos, 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...