Translate

01/09/2014

Senarai Nama MB Selangor Baru diputuskan PAKATAN RAKYAT ???


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah merangka surat jawapan kepada Sultan Selangor berhubung titah supaya lebih banyak nama dikemukakan bagi mengisis jawatan menteri besar.

Tiada penjelasan yang akan diberikan dalam surat itu kepada istana berhubung keputusan PKR yang berkeras untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.


Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Tuanku meminta nama-nama calon dan bukannya penjelasan. Bagaimanapun kita tetap akan menyatakan beberapa fakta dalam surat itu berkaitan isu ini," kata Saifuddin.

Sultan Sharafuddin, dalam surat yang dikeluarkan oleh setiausaha sulitnya pada 26 Ogos lalu mengarahkan PAS, PKR dan DAP untuk menghantar lebih daripada dua untuk jawatan tersebut selewat-lewatnya pada Rabu ini.

Saifuddin berkata surat itu dirangka olehnya sendiri dan kini sedang menunggu kelulusan kepimpinan parti.

"Mungkin ada perubahan kepada kandungannya, tetapi apabila sudah diluluskan," katanya.

Sumber:mstaronline

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...