Undang-undang negara ini LKS yang buat ke? Keterlaluan dan kurang ajar, serta PDRM patut mengajarnya.
Ketua Menteri Pulau Pinang
Lim Guan Eng sepatutnya berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di negeri itu, dan bukannya
mencabar Khalid, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Tidak
perlu mencabar (Ketua Polis Negara), sepatutnya beliau (Lim) menemui Ketua
Polis Negara untuk adakan perbincangan. Kita alukan jika ada inisiatif yang
mahu jaga keselamatan komuniti, tetapi bukan dengan cara mencabar.
