Translate

Memaparkan catatan dengan label Jijah Kipas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jijah Kipas. Papar semua catatan

18/05/2017

JIJAH KIPAS TETAP SIMPAN DENDAM DENGAN MAHATHIR

Wan Azizah Tak Malu, Mahathir Kata Tidak Akan Minta Maaf

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hampir-hampir ingin membuat permohonan maaf di atas pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Ditanya mengenai kesediaannya untuk bekerjasama dengan individu yang pernah memenjarakan suaminya, kurang 20 tahun lalu, Wan Azizah tidak menjawab secara jelas dan seperti yang dijangkakan, Ketua Pembangkang itu hanya memberi ‘jawapan selamat’.
“Kita kena lihat jauh daripada itu. Kita tidak perlu tunggu untuk dia minta maaf. Apa yang penting dia (Dr Mahathir) sudah datang (untuk bekerjasama) dan dia hampir mengaku bersalah, dan kini dia sudah bersama dengan kita (pembangkang),” ujarnya dalam temubual rancangan Up Front oleh stesen televisyen Al Jazeera.

07/07/2016

JIJAH KIPAS MAKAN ELAUN HARAM TIDAK MELAKSANAKAN TUGAS ???

KAJANG: Sudah lapan tahun PKR diberi peluang menjaga DUN Kajang, namun hingga kini masalah banjir di kawasan itu masih belum berjaya diselesaikan dengan berkesan.

Justeru, Pengerusi MCA Hulu Langat, Datuk Lee Ban Seng meminta pengundi DUN Kajang membuka mata dan menilai adakah tindakan memilih PKR untuk mewakili mereka selama ini satu keputusan yang betul?

Masalah banjir ini sejak 2008 dimana PKR ambil kerajaan negeri sejak dari itu sampai sekarang sudah 10 kali lebih banjir serius melanda kawasan Kajang. Tetapi masalah ini masih tidak dapat ditangani, kami mahu (rakyat) kaji balik kerana sudah lapan tahun, bukan dua tahun (dalam pimpinan Wan Azizah).

25/04/2015

NAIK MELUAT TENGOK JIJAH KIPAS, TAK ADA MUKA LAIN KE ?

PKR hipokrit calon Wan Azizah

ROMPIN, 25 April: Pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menunjukkan sikap hipokrit parti berkenaan.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia adalah selepas pembangkang mengecam tindakan Barisan Nasional (BN) menamakan Datuk Hasan Arifin sebagai calon bagi PRK Rompin.

Katanya, PAS menyifatkan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang itu sebagai ‘calon kitar semula’ dan juga orang lama.

17/11/2014

BANJIR DI KAJANG : YB SIBUK DENGAN TOK LAKI ???

Tok Laki didahulukan dan rakyat ditinggalkan ???

Baguslah undi lagi JIJAH KIPAS.... dan padan muka!!

Kajang ni dah selalu sangat banjir... boleh kata asal hujan lebat saja mesti banjir kilat, bukan baru sejak 2009 lagi, sudah lebih lima tahun, persoalan kepada penduduk sekitar Kajang kini... apa YB buat, tak kan dok tengok saja.
ADUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tak boleh 'cuci tangan' kata dia YB baru... ini kerana YB sebelum ini di Kajang pun YB PKR, yang mana beliau merupakan orang nombor satu parti yang perintah Selangor.
Ramai peniaga yang geleng kepala... asyik datang melawat saja tak selesai masalah, apa perancangan YB hendak selesai masalah ini banjir ini?
Pada Rabu, hujan lebat yang melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah itu sekali lagi menyebabkan berlaku banjir kilat.
Hujan hampir tiga jam itu bermula kira-kira 2 petang, mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan longkang tersumbat.

18/10/2014

JIJAH KIPAS SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA ???


KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya menang saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memutuskan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk menyaman pihak-pihak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pembangunan Tanah 1956.

14/09/2014

AKSI LUCAH JIJAH KIPAS MEMPERSENDAKAN PIHAK ISTANA ?


JIJAH KIPAS begitu suka dengan aksi lucahnya (lihat gambar) cuba mempersenda-sendakan pihak Istana.

Yang terbaiknya bagi menyelesaikan kemelut yang sudah berlarutan serta memualkan, PEMBUBARAN DUN adalah jawapannya untuk mengatasi segala-galanya. ( KLIK )

Biarlah rakyat Selangor yang membuat keputusan sendiri.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan mendedahkan kandungan surat kedua yang dihantar parti itu kepada Istana Selangor pada Selasa lepas.
Beliau juga enggan menyebut sama ada nama calon lain disertakan dalam surat itu bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.
"Kita tunggu dahulu, hari ini separuh hari kan. Kita tunggu respons istana.
"Hari ini saya jumpa (ahli PKR Kuala Selangor) selepas pemilihan parti bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok  Dr Idris Ahmad, bekas exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin," katanya kepada pemberita di Kuala Selangor, hari ini.

15/08/2014

LIM GUAN ENG SOKONG JIJAH KIPAS JADI MB SEBAB ???


PMSP Desak Guan Eng Letak Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang


LIM GUAN ENG sekapal dengan JIJAH KIPAS bukan anak jati tempatan. Itu sebab beliau menyokong bagai nak rak si JIJAH KIPAS....

Anak Selangor dan Pulau Pinang perlu bertindak segera mengeluarkan kedua-dua mereka ini daripada Selangor dan Pulau Pinang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...