Wan
Azizah Tak Malu, Mahathir Kata Tidak Akan Minta Maaf
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hampir-hampir ingin membuat permohonan maaf di atas pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Ditanya mengenai kesediaannya untuk bekerjasama dengan
individu yang pernah memenjarakan suaminya, kurang 20 tahun lalu, Wan Azizah
tidak menjawab secara jelas dan seperti yang dijangkakan, Ketua Pembangkang itu
hanya memberi ‘jawapan selamat’.
“Kita kena lihat jauh daripada itu. Kita tidak perlu
tunggu untuk dia minta maaf. Apa yang penting dia (Dr Mahathir) sudah
datang (untuk bekerjasama) dan dia hampir mengaku bersalah, dan kini dia sudah
bersama dengan kita (pembangkang),” ujarnya dalam temubual rancangan Up Front
oleh stesen televisyen Al Jazeera.
Namun, berbeza bagi Dr Mahathir, dalam temubual sehari
selepas bual bicara Wan Azizah, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi
Majlis Presiden Pakatan Harapan itu menegaskan beliau tidak akan sesekali
membuat permohonan maaf kepada Anwar.
“Kami pernah
bercakap buruk mengenai satu sama lain. Saya tidak meminta orang lain untuk
memohon maaf kerana memanggil saya dengan pelbagai gelaran dan menuduh saya
melakukan pelbagai salah laku.
“Apa yang
sudah berlaku sudah berlalu dan kita tidak boleh meminta maaf tentang apa yang
sudah berlaku pada masa lampau,” ujarnya dalam temubual media Australis, SBS
World News.
Pemenjaraan
Anwar pada 1998 didakwa oleh bekas Perdana Menteri adalah diatas kesilapannya
sendiri kerana meliwat bekas pemandunya sebelum itu, lantas Dr Mahathir
menyifatkan individu yang tidak bermoral seperti itu tidak layak diangkat
sebagai Perdana Menteri.
Hal itu juga
menjadi alasan kepada Dr Mahathir untuk menggugurkan Anwar dari jawatan
Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan serta Timbaan Presiden UMNO.
Rancangan
bual bicara Up Front, dihoskan oleh Mehdi Hasan dalam pada itu turut bertanya
kepada Wan Azizah samaada beliau sangat terdesak untuk bekerjasama dengan Dr
Mahathir yang disifakan pengacara berkenaan sebagai dalang kepada pemenjaraan
timbalannya suatu masa dahulu.
“Sudah tentu
tidak (terdesak). Lihat di sini, Mahathir yang datang kepada kami menunjukkan
betapa teruknya Najib Tun Razak. Orang yang Mahathir sendiri pilih untuk
menjadi Perdana Menteri. Itu merupakan indikasi kita perlukan perubahan.
Perubahan kerajaan sangat diinginkan oleh Malaysia,” katanya.
Sumber: KLIK DISINI