Translate

Memaparkan catatan dengan label Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahathir. Papar semua catatan

11/06/2021

IDEA LAPOK DARI ATUK UNTUK MENUBUHKAN MAGERAN


SHAH ALAM - Banyak pilihan lain masih terbuka selain penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti dicadangkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang juga merupakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pakar Undang-undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai pilihan yang luas dalam membentuk kerajaan memerintah ketika darurat disebabkan pandemik Covid-19.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda tidak terikat dengan peruntukan Perlembagaan yang dalam keadaan biasa hanya boleh melantik ahli Parlimen daripada kalangan ahli Dewan Rakyat dan senator.

"Malah, (Yang di-Pertuan Agong boleh melantik sesiapa sahaja) sebagai pengerusi atau ketua Mageran pun, dengan menggunakan kuasa darurat (Yang di-Pertuan Agong) boleh melantik orang yang tidak semestinya mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Oleh itu, bukan sahaja ahli Parlimen yang boleh menjadi pilihan Yang di-Pertuan Agong, malah teknokrat, ahli korporat dan negarawan yang mempunyai pengalaman mentadbir negara dan mahir dalam profesion mereka boleh dilantik untuk menjadi ahli mahu pun pengerusi Mageran atau kerajaan darurat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, Khairil Azmin berkata, fokus utama negara dan kerajaan ketika ini ialah mencari jalan penyelesaian masalah dan mengatasi kekurangan yang ada sekarang untuk mempertingkatkan lagi kawalan terhadap pandemik Covid-19.

Artikel Penuh : BERSAMBUNG KLIK DISINI

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

28/06/2018

INIKAH YANG DIKATAKAN MAKHLOK YANG SUDAH BERTAUBAT?

LESEN JUDI SUKAN DILULUSKAN DALAM BULAN SYAWAL.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah (lesen judi sukan)," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini (23 Jun 2010).

Hari ini Tun Mahathir telah luluskan lesen judi sukan kepada kroni kesayanganya Vincent Tan. Hal ini mendapat kritikan keras dari raya rata umat Islam di Malaysia.

HUBUNGAN PERNIAGAAN MAHATHIR DAN VINCENT TAN SERTA KRONI LAIN

Tidak ramai yang menyedari sejauh mana hubungan perniagaan Mahathir dan Vincent Tan yang termasuk:

- Lesen 4D,
- Lesen Sports Toto
- Menyewa 70 ekar tanah DBKL di Kiara selama 70 tahun dengan sewa tahunan RM291,000 setahun.
- Menyewakan tanah Desa Waterpark selama 30 tahun
- Dibenarkan untuk membina pusat peranginan Bukit Tinggi di atas 16,000 ekar tanah
- Memberi 500 lesen mesin slot judi
- Menganugerahkan monopoli 20 tahun pada sukan judi dengan harga murah tanpa tender atau kelulusan
- Menjual Hospital Pantai kepada anaknya, Mokzaini.
- Vincent Tan menjual Diperdana Corp kepada Mukhriz.

Mahathir juga menswastakan KL Monorail kepada Vincent Tan kemudian rugi dan diselamatkan (bail out) oleh kerajaan.

Mahathir juga menswastakan sistem pembetungan kepada Vincent Tan menggunakan Indah Water dan kemudian gagal dan diselamatkan oleh kerajaan.

Malah, Mahathir sebenarnya menswastakan Sungai Klang kepada Vincent Tan dan pasangannya David Chew selama 99 tahun untuk membina 10 juta kaki persegi KL Linear City.

Ya, air najis kita dan sungai-sungai telah diswastakan oleh Mahathir kepada Vincent Tan.

Projek KL Linear City gagal dengan bangunan pertama dan terbengkalai selama 10 tahun. Pada masa Najib, bangunan ini telah diselamatkan untuk menjadi Quill City Mall.

Pada masa yang sama, Mahathir dan David Chew membentuk sebuah syarikat 50-50 JV yang mengambil semua hak-hak dan pengeluaran syarikat pesawat Itali untuk membentuk Euroala Industries.

Pada masa kini, Mahathir masih merupakan pemegang saham 50% dan Pengerusi sebuah syarikat pembuatan pesawat yang memiliki teknologi dan menjual pesawat JetFox itu.

Selain dari itu, beliau sebagai pemegang saham minoriti dan pengarah sebuah syarikat jet pajakan peribadi dengan Country Heights Lee Kim Yew, Mahathir juga memiliki sebuah syarikat pembuatan kapal terbang.

Pada masa ini, Mahathir juga masih didaftarkan sebagai pemegang saham Hotel 5 bintang di Palace Of Golden Horses.

HEBAT KAN? walaupun konflik kepentingan ada dimana-mana tempat dan Mahathir pada dasarnya cuba untuk menswastakan hampir segala-galanya kepada rakan karibnya.

Pada masa ini, kini terdapat senarai 488 SYARIKAT-SYARIKAT DI MALAYSIA YANG KELUARGA MAHATHIR (dia, 3 anak-anaknya dan anak perempuannya) mempunyai kepentingan yang disebarkan di media sosial. Salah satu senarai panjang giler.

But somehow still not enough to pay the monthly salaries of his personal cook and maid - forcing him to let them leave.
Tetapi entah macamana masih tidak cukup untuk membayar gaji bulanan tukang masak peribadi dan pembantu rumah - memaksanya mereka berhenti.

Rujukan: KLIK DISINI

08/06/2018

ALASAN MADEY UNTUK MENJATUHKAN INSTITUSI RAJA-RAJA

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan apa yang beliau lakukan terhadap raja-raja Melayu sebelum ini bukanlah bermakna beliau menolak institusi diraja.

Sebaliknya beliau berkata, apa yang dilakukan itu hanyalah mahu mengelakkan daripada raja-raja menimbulkan rasa marah rakyat sehingga rakyat memberontak.

Katanya, ini termasuklah menggubal undang-undang bagi MENUBUHKAN MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA.

“Kita kena jaga, raja janganlah terlibat dengan benda-benda yang rakyat tidak suka. Rakyat tiada kuasa, tetapi bila dia dah marah, dia akan memberontak. Jangan jadi macam ini.

“Jadi kita kena elak raja dengan kebesarannya itu supaya tidak tercemar. Saya bukan menolak raja-raja tetapi saya berpendapat bahawa KALAU RAJA BUAT SESUATU YANG SALAH, PATUTLAH KITA AMBIL TINDAKAN iaitu menyelamatkan raja.

22/03/2018

#PRU14: MAHATHIR TETAP MENGHINA PAS

Entah berpandu FATWA MANA dan oleh siapa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad merumuskan bahawa ‘PAS BUKAN SEBUAH PARTI ISLAM’

Nampaknya, beliau hanya menggunakan logik akal apabila berhujah bahawa PAS tidak layak menjadi parti Islam kerana parti itu dikatakan turut dianggotai ahli bukan Islam. 

“PAS kalau dia bercampur dengan bukan Islam, dia jadi kafir. Takkan dia boleh. Dia tidak boleh. Dia orang yang pegang kepada prinsip, dia tahu kalau orang yang campur dengan kafir (maka) dia jadi kafir. 

“Jadi la ni pasal dia bercampur dengan DAP dulu, saya anggap parti PAS ini tak Islam,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa manifesto partinya adalah naskah yang diteliti dan mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk daripada bukan Islam.
  
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir cuba ‘mengacah dan mencemar’ imej PAS dengan mengaitkannya isu ‘kafir atau tidak kafir’ membabitkan PAS.

Sebelum ini Pengerusi PPBM itu melabel Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai ‘kafir’ dan ‘pengkhianat’ kerana bekerjasama dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Hadi sebaliknya, mengumumkan beliau memaafkan Dr Mahathir atas faktor usianya yang sudah lebih 90 tahun dan menasihati bekas perdana menteri itu bertaubat.

Jika diturut logik Mahathir, satu perkara yang sudah pasti ialah, parti pimpinannya, PPBM, juga bukan sebuah parti Islam kerana bersekongkol dengan parti dominan Cina, DAP.

Ini bermakna walaupun Amanah menegaskan terbabit dalam politik Malaysia kerana mahu menggantikan PAS sebagai sebuah parti Islam juga gagal kerana terkait dengan “ketidakIslaman” DAP.

Logik Mahathir ini membabitkan PKR juga. Ia adalah sebuah parti yang membuka keahlian kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Sudah tentu ini bermakna PKR juga sebuah parti politik yang tidak berpaksikan ajaran Islam.

Jika setiap kerabat PH tidak layak dipanggil parti politik Islam, apa yang Mahathir dapat?

Sumber: KLIK DISINI

19/06/2017

PERANGAI MADEY SEMAKIN JAHAT KERANA TERDESAK ???

Mahathir, Proton, FGV & Cukai Katil

Nota ringkas untuk hari ini:
Mahathir berkata Proton telah dijual kerana dendam. Apa yang telah Tun Mahathir lakukan terhadap Syed Mokhtar sehingga menyebabkan beliau marah dan berdendam? Proton dimiliki oleh Syed Mokhtar, jadi penjualan adalah keputusan beliau.
Tun M berkata bahawa Proton tidak dibayar pinjaman mudah RM1.5 bilion oleh Kerajaan. Semakan dengan kenalan saya dalam Kerajaan dan vendor menunjukkan ini tidak benar dan vendor telah dibayar. Adakah Tun Mahathir mempunyai bukti bahawa tiada sebarang RM1.5 bilion dalam pinjaman mudah ini sampai ke Proton atau anda hanya main cakap sahaja walaupun ia adalah bulan Ramadhan?

18/05/2017

JIJAH KIPAS TETAP SIMPAN DENDAM DENGAN MAHATHIR

Wan Azizah Tak Malu, Mahathir Kata Tidak Akan Minta Maaf

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hampir-hampir ingin membuat permohonan maaf di atas pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Ditanya mengenai kesediaannya untuk bekerjasama dengan individu yang pernah memenjarakan suaminya, kurang 20 tahun lalu, Wan Azizah tidak menjawab secara jelas dan seperti yang dijangkakan, Ketua Pembangkang itu hanya memberi ‘jawapan selamat’.
“Kita kena lihat jauh daripada itu. Kita tidak perlu tunggu untuk dia minta maaf. Apa yang penting dia (Dr Mahathir) sudah datang (untuk bekerjasama) dan dia hampir mengaku bersalah, dan kini dia sudah bersama dengan kita (pembangkang),” ujarnya dalam temubual rancangan Up Front oleh stesen televisyen Al Jazeera.

11/05/2017

KEBODOHAN MAHATHIR SEMAKIN JELAS

Tahukah Anda Mengapa DAP Terus Melindungi Hew Kuan Yau?
Mengapa DAP berkali-kali enggan mengecam Superman Hew Kuan Yau untuk semua perkara-perkara yang bersifat perkauman dan jahat yang beliau katakan seperti “Use Melayu to Skrew Melayu to watch best show of lifetime”, “Religious leaders like Hadi use religion to steal money and hamsap aunties” atau “Malays in the kampung are stupid”?

Mengapa tiada langsung kecaman dari DAP atau Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng atau mana-mana pemimpin tertinggi terhadap mereka yang jelas bersifat perkauman?

10/05/2017

Najib Hapuskan Dasar Kabotaj 37 Tahun Mahathir Terhadap Sabah, Sarawak & Labuan

Dasar Cabotage (Kabotaj – hak untuk mengendalikan perkhidmatan laut, udara, atau perkhidmatan pengangkutan lain dalam wilayah tertentu) telah diperkenalkan oleh Mahathir semasa beliau menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian serta Timbalan Perdana Menteri. Ia berkuat kuasa pada 1 Januari 1980.

Dasar ini bermakna bahawa hanya kapal milik Malaysia dibenarkan untuk terlibat dalam perkapalan domestik antara pelabuhan domestik di Malaysia dan mempunyai kesan di mana kapal-kapal asing tidak boleh memunggah kargo mereka secara langsung di pelabuhan-pelabuhan lain dan perlu pergi melalui pelabuhan ditetapkan seperti Pelabuhan Klang.

01/04/2017

Pengundi Cina Tetap Tolak Pakatan Kerana Mahathir

Ini adalah dari seorang kolumnis Cina terkemuka Zhang Mu Qing di media Cina tempatan.
Kelihatan seperti kebanyakan masyarakat Cina pada umumnya menolak Pakatan kerana bersekongkol dengan Mahathir. DAP dilihat akan dihancurkan dalam pilihan raya akan datang kerana asas sokongan tradisional mereka berpaling arah akibat rasa meluat.
Petikan tulisan Zhang Mu Qing:

“Selepas tsunami 308, ramai yang optimistik bahawa politik perkauman akan ditolak. Malangnya, selagi masih adanya Mahathir, berhentilah bermimpi!

Tidak kira sama ada Pakatan Harapan telah menganggap diri mereka bersatu dalam apa jua nama, kini terdapat dua barisan: satu diketuai oleh Najib dan satu lagi oleh Mahathir.

Jika Najib dan Mahathir bertanding di kawasan saya, saya akan berasa mudah untuk membuat keputusan. Undi saya akan pergi ke Najib dan bukan Mahathir yang ceramahnya penuh berbaur perkauman.

Saya tidak akan membuang undi rosak. Merosakkan undi adalah sama seperti menyokong kebangkitan perkauman.”


09/06/2016

PENGUNDI CINA TOLAK MADEY SEBAB MULUT JAHAT MACAM PAN..

Masa proses penamaan calon tempoh hari, bukan main bersemangat balacinya Mahathir kata yang si tua itu akan datang berkempen di Sg Besar dan Kuala Kangsar. Mahathir katanya dengan macam mana cara tidak akan benarkan BN menang sebab itu dia akan datang walaupun tak sihat.

Semangat bunyinya kan. Tak tahulah balaci tu yang cakap ke atau memang Mahathir yang cakap macam itu.

Tapi sudah beberapa hari sejak kenyataan itu dibuat, bayang Mahathir pun tak nampak lagi ni, tak tahu dia buat apa. Ada suratkhabar cina kata Mahathir akan datang semalam, tapi jenuh menunggu, tak ada jugak. Nak kata dia ke luar negara, tak pulak dengar khabar berita.

20/03/2016

Mahathir juga Melayu yang mudah lupa, Bak kata rumah kata pergi kubor kata mari ?

Mahathir Tiada Locus Standi Campuri Urusan Umno
"Saya kira beliau (Dr Mahathir) tak ada locus standi untuk membuat apa-apa cadangan kepada ahli cawangan kerana beliau tak menjadi ahli Umno dan tidak menjadi ahli Umno adalah pilihan beliau sendiri. 
"Saya kira elok jika beliau tidak mencampuri urusan parti yang beliau sudah tidak anggotai,"

Tun Dr Mahathir Mohamad memang amat arif soal budaya berfikir dan falsafah orang Melayu. Sebab itu beliau berani merumuskan bahawa Melayu memang mudah lupa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...