Translate

Memaparkan catatan dengan label #PRK Sungai Besar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #PRK Sungai Besar. Papar semua catatan

20/06/2016

MAHATHIR SALAHKAN HUJAN PUNCA KEKALAHAN PRK SG BESAR

SUNGAI BESAR: Usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan kempen bersama pembangkang selepas solat Jumaat tadi terbantut kerana hujan. 

Hujan lebat pada sebelah petang memaksa Dr Mahathir membatalkan program tinjauan mesra di sekitar Sungai Besar seperti bazar Ramadan di Sungai Haji Dorani. Sebelum itu, Dr Mahathir yang berkongsi pentas dengan pemimpin pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan ceramah di Tali Air 8, Sekinchan pada jam 10.30 pagi. 

Ini adalah kali kedua Dr Mahathir turun ke Sungai Besar membantu kempen pembangkang dengan kali pertama pada Sabtu lalu. Beliau juga secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur ketika berceramah di Sekinchan Sabtu lalu.

Sumber: KLIK DISINI

15/06/2016

CALUN AMANAH & PAS SEBAGAI "TOUCH N GO", BONGKAK, ANGKUH DAN SOMBONG

SUNGAI BESAR - Seramai 32 ahli Penaja Parti Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Ab Shukur kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, Amanah telah melatakkan calon yang salah dan tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen sebagaimana yang diharapkan penduduk Sungai Besar.

“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.

“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong.

14/06/2016

PAN LACUR MAHASISWA UNISEL DI PRK SUNGAI BESAR?

UNISEL LACUR MAHASISWA DI SUNGAI BESAR?

Khabar angin sedang bertiup kencang bahawa Universiti Selangor (UNISEL) yang ditubuhkan oleh kerajaan yang ditadbir Barisan Nasional Selangor sebelum ini menjadikan mahasiswa mereka sebagai para pelacur politik menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar.

Sebagai seorang pentadbir yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal mahasiswa, Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin perlu menjawab persoalan ini dengan telus dan jujur agar nilai akademik dan bakal graduan yang dilahirkan UNISEL menepati pasaran kerja dan mampu memberi sumbangan pada masyarakat.

09/06/2016

PENGUNDI CINA TOLAK MADEY SEBAB MULUT JAHAT MACAM PAN..

Masa proses penamaan calon tempoh hari, bukan main bersemangat balacinya Mahathir kata yang si tua itu akan datang berkempen di Sg Besar dan Kuala Kangsar. Mahathir katanya dengan macam mana cara tidak akan benarkan BN menang sebab itu dia akan datang walaupun tak sihat.

Semangat bunyinya kan. Tak tahulah balaci tu yang cakap ke atau memang Mahathir yang cakap macam itu.

Tapi sudah beberapa hari sejak kenyataan itu dibuat, bayang Mahathir pun tak nampak lagi ni, tak tahu dia buat apa. Ada suratkhabar cina kata Mahathir akan datang semalam, tapi jenuh menunggu, tak ada jugak. Nak kata dia ke luar negara, tak pulak dengar khabar berita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...