UNISEL
LACUR MAHASISWA DI SUNGAI BESAR?
Khabar angin sedang bertiup kencang bahawa Universiti Selangor (UNISEL) yang
ditubuhkan oleh kerajaan yang ditadbir Barisan Nasional Selangor sebelum ini
menjadikan mahasiswa
mereka sebagai para pelacur politik menjelang
Pilihanraya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar.
Sebagai seorang pentadbir yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal
mahasiswa, Prof.
Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin perlu menjawab persoalan ini dengan
telus dan jujur agar nilai akademik dan bakal graduan yang dilahirkan UNISEL
menepati pasaran kerja dan mampu memberi sumbangan pada masyarakat.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal
Pelajar (HEP) UNISEL perlu menafikan telah mengeluarkan arahan kepada para
pensyarah dan mahasiswa UNISEL Kampus Bestari Jaya untuk membantu para petugas
parti berkempen memenangkan calon Parti Amanah Negara (PAN) pada PRK ini.
Berbekalkan jawatan Naib Presiden PKR, Shaharuddin sudah
semestinya mempunyai kepentingan peribadi dan parti terhadap apa jua sumber
universiti tersebut samada staf & kakitangan, pensyarah, mahasiswa atau pun
logistik lainnya.
Sumber: Jalaluddin Mohamed Ismail