Tak Boleh
Bawa Keluar Diktator Dari Mahathir
Mahathir
menyerlahkan kedidaktorannya apabila melabel Presiden PAS,
Haji Hadi Awang sebagai pemakan
dedak bila enggan menyokongnya dalam gerakan
menumbangkan Perdana Menteri Najib Razak.
Apa
benda demokrasi kalau kita saja betul dan orang lain salah? Itu bukan demokrasi
tapi diktator - label yang selalu dikaitkan dengan Mahathir sepanjang 22 tahun
jadi Perdana Menteri.
Sekarang Mahathir mengesahkan bahawa dia memang diktator, itu yang tidak boleh terima perbezaan
orang lain, cakap dia saja yang nak kena dengar. Boleh bayang kepayahan bekerja
dibawah orang tua tak sedari diri ni.
Hadi
Awang ni apa perlu dengan Mahathir? Dia jadi pemimpin dalam PAS dah berapa
lama, sepanjang tempoh tu, 22 tahun saja lawan Mahathir, sekarang dek sebab
Najib tetiba dia nak kata Mahathir betul semua?
Sudah tentu tak masuk akal.
Lagipun
sebagai sebuah parti Islam, beban pembuktian sebelum nak percaya dengan semua
yang dikatakan Mahathir, lebih tinggi dari standard yang biasa. Mahathir guna
semuanya tipu, deklarasi tipu, tandatangan tipu, dokumen tpu, takkan
level-level ulama macam Hadi nak percaya?
Eloklah
Mahathir terus merapu macam ini, dia hanya dedah apa yang selama hari ini orang
cakap pasal dia. Bukan kita kata, dia sendiri kata.
Sumber: Balqis Sheikh