Permainan politik kotor Mahathir dan sekutunya
WSJ untuk mencemarkan imej Najib Razak kini
bukan sekadar menyakitkan negara sendiri bahkan
menyakitkan negara lain juga iaitu Singapura.
Setelah WSJ (atas arahan Mahathir) mendakwa ada bank di Singapura
menerima USD 3 billion wang 1MDB dari Goldman Sachs, pihak berkuasa kewangan
Singapura (MAS) menafikan perkara tersebut dalam satu kenyataan kepada
Bloomberg.
Tindakan Mahathir ini benar-benar
memalukan imej negara di mata Singapura. Nak menipu pun agak-agaklah, jangan
bermusuh dengan orang lain, cari pasal merata dengan negara lain sampai
menjejaskan imej negara.
Mungkinlah kalau Mahathir nak dakwa,
Singapura dan Bloomberg dibayar oleh Najib untuk membuat kenyataan tersebut
tapi siapa yang bodoh saja percaya itu.
Seperti mana biasa, bila terkantoi
macam ini, pasukan pemfitnah Mahathir senyap macam itu sajalah, buat bodoh,
seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Paling tidak ambik ambil tindakan
undang-undang ke atas Singapura dan Bloomberg kalau apa yang dikatakan itu
salah. Ini selari dengan prinsip Mahathir, saman tak salah, tak saman, salah.
Sumber: Balqis Sheikh