Translate

Memaparkan catatan dengan label Presiden PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Presiden PAS. Papar semua catatan

18/06/2019

KIT SIANG BOSAN DENGAN ISU LIWAT DAN PERANGAI PEMIMPIN PKR

PETALING JAYA: DUA AHLI POLITIK SAINGAN SEPENDAPAT hari ini dalam mempersoalkan pihak berkuasa Mesir BERHUBUNG KEMATIAN bekas presiden negara itu yang dipilih secara demokratik, MOHAMAD MORSI.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan veteran DAP Lim Kit Siang berkata perlu ada siasatan yang adil terhadap kematian Morsi, selepas laporan mengatakan beliau tidak menerima rawatan perubatan asas yang diperlukan di penjara.
“Kami menggesa pihak berkuasa di Mesir dan agensi antarabangsa untuk melakukan siasatan bebas dan menyeluruh terhadap punca kematian Morsi, termasuk penjagaan beliau ketika di bawah pengasingan bersendirian selama ini,” kata Hadi dalam mesej ucapan takziah terhadap kematian Morsi.
Lim memetik laporan Amnesty International dan Human Rights Watch mengenai kesihatan bekas pemimpin yang semakin merosot dan penafian mendapatkan rawatan oleh junta ketenteraan Mesir.
“MASYARAKAT ANTARABANGSA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP KERAJAAN MESIR YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEMATIAN MORSI jika siasatan antarabangsa yang adil, teliti dan telus mengesahkan kematian itu adalah akibat kegagalan pihak berkuasa menyediakan penjagaan perubatan yang diperlukan untuk Morsi,” kata pemimpin DAP itu dalam satu kenyataan.
Parti Kebebasan dan Keadilan yang diketuai Morsi sebelum ini menuduh pihak berkuasa Mesir “sengaja membunuhnya secara perlahan”.
Mereka “meletakkannya di dalam pengasingan bersendirian … mereka menahan ubat dan memberinya makanan menjijikkan … mereka tidak memberikan hak asasi manusia yang paling asas,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Reuters.
Morsi berkuasa selepas partinya, yang bersekutu dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang dilarang Mesir, memenangi pilihan raya dan pilihan raya presiden yang berikutnya, selepas penggulingan Presiden Hosni Mubarak.
Morsi digulingkan pada 2013 oleh bekas menteri pertahanan dan Presiden sekarang Abdel Fattah al-Sisi, yang melancarkan serangan terhadap penyokong Ikhwanul Muslimin.
Kumpulan hak asasi manusia berkata beribu-ribu orang dipenjarakan dengan ratusan yang lain berdepan hukuman mati selepas perbicaraan terus.
Rujukan: KLIK DISINI

19/04/2018

#PRU14: MADEY JILAT LUDAH SENDIRI CADANG MANSUH AUKU

SERDANG: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan TUN DR MAHATHIR MOHAMAD MENJILAT LUDAH SENDIRI menerusi cadangan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) yang terkandung dalam MANIFESTO PAKATAN HARAPAN (PH) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Saya komen pendek saja, dia (Dr Mahathir) jilat ludah sendiri,” kata presiden PAS itu selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya hari ini. Pada 21 Mac lalu,
DR MAHATHIR menerusi siaran langsung di Facebooknya MEMBERI JAMINAN AKAN MEMANSUHKAN AUKU, jika PH memenangi PRU14.

Pengerusi PH itu berkata, pemansuhan undang-undang itu bermakna tanggungjawab terletak di bahu ibu bapa untuk memantau prestasi anak.  Hadi berkata, sebelum 1980-an, mahasiswa dan pensyarah bebas menyertai sebarang aktiviti berkaitan politik kerana kerajaan ketika itu tidak sedikit pun takut atau terkesan.

13/06/2016

DIKTATOR ADALAH PRISIP HIDUP MAHATHIR

Tak Boleh Bawa Keluar Diktator Dari Mahathir

Mahathir menyerlahkan kedidaktorannya apabila melabel Presiden PAS, Haji Hadi Awang sebagai pemakan dedak bila enggan menyokongnya dalam gerakan menumbangkan Perdana Menteri Najib Razak.

Apa benda demokrasi kalau kita saja betul dan orang lain salah? Itu bukan demokrasi tapi diktator - label yang selalu dikaitkan dengan Mahathir sepanjang 22 tahun jadi Perdana Menteri.

13/05/2015

ULANG TAHUN KE 69 UMNO UMPAMA KELUARGA 69 ???


KUALA TERENGGANU 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu tunduk kepada tekanan yang menggesa beliau untuk meletak jawatan, sebaliknya fokus perlu diberi bagi menyelesaikan beberapa isu yang dikaitkan dengan pentadbirannya ketika ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dua Perdana Menteri sebelum Najib iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah diselubungi isu tertentu dan meletak jawatan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

04/03/2015

MAT SABU - BIAR BERPUTIH TULANG, JANGAN BERPUTIH MATA. LAWAN TETAP LAWAN ??


SHAH ALAM - Penganalisis politik meramalkan jawatan Presiden Pas yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dicabar dalam muktamar tahunan Pas tahun ini.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, nama yang dilihat paling berpotensi mencabar Abdul Hadi adalah timbalan presiden, Mohamad Sabu.

“Dalam apa yang digelar golongan profesional dalam Pas, Mohamad Sabu paling lantang bersuara dan dilihat kurang sealiran dengan Abdul Hadi.

11/10/2014

HAJI HADI KANTOI ISU PIL KUDA ?


AIDCNews – 10/10/14 – Berasaskan isu Pil Kuda, facebook pro Pakatan Rakyat, ‘Rakyat Bangkit‘ mendesak Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundur diri daripada terus memegang jawatan Presiden PAS.

“Seterusnya, perlu pula dibuktikan bahawa plaintif benar-benar berniaga pil kuda (Klik) dengan ada bukti transaksi pembela dan penjual dengan resit atau bukti konkrit yang lain.

“Hukum hudud mana pula yang Hj Hadi nak gunakan ke atas kes ini.?

25/09/2014

MAK LAMPIR SONGEL...KADOK NAIK JUNJUNG - MARUAH PAS PERLU DIJAGA ???


MAK LAMPIR CUBA MEMALUKAN SEMUA AHLI-AHLI PAS, DIMANA PRESIDENNYA SENDIRI DICABAR BEGITU RUPA !!!

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar memohon maaf kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas penghinaan yang dilemparkan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.
Zuraida berkata, permohonan maaf Hadi penting agar Pakatan Rakyat (PR) dapat terus bergerak ke depan.
"Kami berharap agar Hadi memohon maaf terhadap semua tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap presiden parti kita," kata ahli Parlimen Ampang itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami tetap dengan pendirian wanita juga layak memegang jawatan menteri besar (Klik),” katanya.
Hadi sebelum ini pernah berkata, PAS menolak pencalonan Dr Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bukan disebabkan isu gender, tetapi disebabkan kebolehan beliau untuk memimpin.

29/06/2014

HADI LETAK JAWATAN PRESIDEN PAS DEMI KESIHATAN ????


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 29 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN).

Perdana Menteri yang datang dalam keadaan santai dengan hanya mengenakan baju kemeja lengan pendek berwarna kelabu dan berseluar hitam turut mendoakan Abdul Hadi semoga cepat sembuh.

"Menziarahi Tuan Hj. Hadi (Abdul Hadi) di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah," katanya menerusi Twitter sambil memuat naik gambar beliau bersama Presiden Pas itu. - UTUSAN ONLINE

14/02/2013

KERINDUAN SEHARI SEPERTI SETAHUN JIKA TIDAK BERJUMPA TOK GURU HAJI HADI ???

ADA orang tanya, siapa yang bina sebuah teko cantik di perkampungan Kerajaan Langit milik Ayah Pin di Besut.
Jawapannya, tanya Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridhwan Hashim! Calon PAS yang kalah di DUN Teluk Pasu itu mungkin tahu jawapannya.
Seorang lagi pemimpin muda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu ada cerita tentang kegilaan penyokong PAS yang suka minum air kolah Masjid Rusila di DUN Rhu Rendang, Marang.
Sejak lebih 30 tahun lalu, air kolah Masjid Rusila ‘milik’ Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atau Ayah Chik dikatakan ‘ada berkat’ yang mampu menjadi penawar.

29/02/2012

Mahathir: Kit Siang patut jadi Presiden Pas


PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk melantik Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sebagai 'langkah terbaik'.
Sehubungan itu beliau menyindir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.
“Dulu Pas kata kita kafir, sekarang mereka nak terima orang bukan Islam sebagai pemimpinnya.

21/04/2011

HANGAT ! ... DS HADI AWANG SAHKAN ... HARAKAH MEDIA PEMFITNAH !


Belum pun bermula Muktamar PAS, Hadi Awang sudah naik angin dengan gelagat media sensasi Islamik parti tersebut, Harakah!


Apa yang menarik, media utama parti PAS ini dinobatkan sebagai media bodoh oleh Hadi Awang sendiri ... Sudah tentu ada yang tidak kena dengan gerombolan wartawan dan editor media tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...