SHAH ALAM -
Penganalisis politik meramalkan jawatan Presiden Pas yang disandang Datuk Seri
Abdul Hadi Awang akan dicabar dalam muktamar tahunan Pas tahun ini.
Geostrategis
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, nama yang
dilihat paling berpotensi mencabar Abdul Hadi adalah timbalan presiden, Mohamad
Sabu.
“Dalam apa yang
digelar golongan profesional dalam Pas, Mohamad Sabu paling lantang bersuara dan
dilihat kurang sealiran dengan Abdul Hadi.
“Jadi, golongan
profesional ini akan mengangkat seseorang yang dikenali ke hadapan dan yang
boleh mendapatkan sokongan daripada ahli Pas,” katanya kepada Sinar Harian,
semalam.
Menurutnya,
berdasarkan politik dalaman yang dilalui Pas kini, boleh dikatakan semua
jawatan dalam parti akan dicabar sama ada oleh golongan profesional atau ulama.
“Kalau kita lihat, mereka berani mengkritik presiden dan golongan ulama secara terbuka. Jika dahulu jarang dilihat situasi ini berlaku.
“Kalau kita lihat, mereka berani mengkritik presiden dan golongan ulama secara terbuka. Jika dahulu jarang dilihat situasi ini berlaku.