Apa Dosa
Husam Musa Kepada DAP Hingga Lim Kit Siang Mahu Kuburkan Kerjaya Politiknya?
Husam Musa benar-benar gembira kerana dia telah
dinamakan oleh Lim Kit Siang sebagai bakal Menteri Besar Kelantan yang baru.
Kegembiraannya itu membuatkan dia mencabar PAS dan UMNO Kelantan untuk
menamakan calon Menteri Besar Kelantan selepas PRU-14 untuk dibanding-bandingkan
dengan dirinya.
Sememangnya dari satu segi, Husam Musa ada kekuatan
kerana disokong kuat oleh Lim Kit Siang. Kata-kata Lim Kit Siang bermakna
undang-undang dalam DAP. Berdasarkan perkiraannya, DAP yang tidak ada satu
kerusi pun di Kelantan, akan berusaha sekuat mungkin untuk menaikkan Husam Musa
sebagai Menteri Besar Kelantan.
Husam Musa adalah Penasihat Parti Amanah Negara (PAN).