Apa Dosa
Husam Musa Kepada DAP Hingga Lim Kit Siang Mahu Kuburkan Kerjaya Politiknya?
Husam Musa benar-benar gembira kerana dia telah
dinamakan oleh Lim Kit Siang sebagai bakal Menteri Besar Kelantan yang baru.
Kegembiraannya itu membuatkan dia mencabar PAS dan UMNO Kelantan untuk
menamakan calon Menteri Besar Kelantan selepas PRU-14 untuk dibanding-bandingkan
dengan dirinya.
Sememangnya dari satu segi, Husam Musa ada kekuatan
kerana disokong kuat oleh Lim Kit Siang. Kata-kata Lim Kit Siang bermakna
undang-undang dalam DAP. Berdasarkan perkiraannya, DAP yang tidak ada satu
kerusi pun di Kelantan, akan berusaha sekuat mungkin untuk menaikkan Husam Musa
sebagai Menteri Besar Kelantan.
Husam Musa adalah Penasihat Parti Amanah Negara (PAN).
Tetapi DAP juga tahu bahawa Husam
Musa bermasalah besar di Kelantan terutama selepas dia disingkirkan daripada
kabinet Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 2013. Laporan SINAR
HARIAN, nama Husam Musa sebagai Exco ditolak oleh KDYMM
Sultan Kelantan. Tetapi penyokong Husam Musa pula, menyalahkan dan menuduh Nik
Amar yang telah berkonspirasi untuk menendang Husam Musa, malah dengan sengaja
mencicirkan nama Husam Musa. (RUJUK SINI)
Hakikatnya, Husam Musa dan SAUDAGAR MIMPI adalah
sangat sinonim. Pelbagai projek-projek mimpi telah diinisiatifkan oleh Husam
Musa, termasuklah Projek Lebuhraya Rakyat yang kutipan dermanya telah pun
dibuat, tetapi jumlah kutipan tersebut tidak pernah diumumkan dan ke mana duit
itu diserahkan, juga tidak pernah diberitahu.
Begitu juga dengan projek-projek mimpi seperti
ladang depu, ladang rakyat, dinar dirham kelantan, kambing jamnapari, Lembah
Sireh, pembalakan Hulu Kelantan dan sebagainya yang tidak satu pun
menguntungkan Kelantan, semuanya mempunyai kaitan dengan Husam Musa sepanjang
dia bergelar Exco Kelantan.
Bersambung:
KLIK DISINI DAN TERUSKAN MEMBACANYA