Selangor dan PRU14 Satu Diagnosis
■Konflik yang wujud di Selangor pada
ketika ini memungkinkan pertandingan 3 penjuru di kawasan2 yang ditandingi oleh
PAS dan DAP dan 1 lawan 1 di kawasan yang
ditandingi oleh PKR (kerusi tetap PKR).
■ Walau bagaimana pun,
perubahan kerusi antara PKR, DAP dan PAN bergantung kepada budi bicara pihak PH. Buat
masa ini, DAP yang mendominasi percaturan kerusi di Selangor. DAP juga telah
menghantar 3 wakil Melayu DAP untuk mengawasi DUN milik PAS. Mereka adalah Dr
Abdul Aziz Bari (Lembah Jaya dan Chempaka), Young Syefura Othman (Hulu Langat)
dan Edry Faizal Eddy Yusof (Selayang)
■ Pakatan Harapan bimbang
kepada senario politik tahun 2004 akan muncul kembali. Di mana sekiranya PAS
bertanding atas tiket sendiri, bermakna undi pembangkang akan pecah kepada 2
dan sudah tentu kemenangan berpihak kepada UMNO/BN.
■ Pada masa yang sama juga,
pergolakan yang tercetus di antara PKR Azmin Ali dan PKR DSWA memberi sedikit
kelebihan kepada UMNO sekiranya pimpinan UMNO Selangor bijak mengambil
kesempatan.
■ Dijangkakan PKR akan
mengalami penghijrahan ahli secara berperingkat2 dan beramai2 ke parti lain
samada memihak kepada parti komponen BN, PAS atau parti dari Pakatan Harapan.
Sesuatu yang tak dijangkakan juga akan berlaku, MB Selangor Dato Azmin Ali
kemungkinan juga akan lompat parti sekiranya Cikgu Bardd terus menerus membuka
pekong PKR. Hanya menunggu masa dan waktu yang tepat saja (bergantung juga
kepada tawaran mana2 parti).
■ Parti2 Gerakan, MCA dan PPP
perlu menyelami keluhan masyarakat Cina dan India mengapa mereka ditolak pada
PRU13 yang lalu. Pada PRU13, MCA memenangi 7 daripada 37 kerusi Parlimen dan 11
daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi. Prestasi MCA dilihat makin merudum
berbanding PRU 2008 di mana MCA memenangi 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN.
■ Dari tinjauan rambang
selepas PRK DUN Kajang, masyarakat bukan Melayu tolak calon MCA atas sebab
'polical approach' yang digunakan oleh MCA tidak meyakinkan pengundi2. Lagi
pun, krisis dalaman MCA telah menghilangkan rasa hormat mereka kepada pemimpin2
MCA. Oleh itu, MCA perlu berkerja lebih kuat lagi dan mesti melakukan perubahan
yang meyakinkan di dalam menangani masalah2 kaum bukan melayu yang diwakilinya.
■ Kepimpinan UMNO boleh
berkira2 untuk mengambil alih Selangor dari tangan PH sekiranya kerusi2 DUN
yang dimenangi oleh mereka pada PRU13 dikekalkan dan ditambah lebih 15 kerusi
yang dijangka wujudnya pertandingan 3 penjuru. Walau bagaimana pun UMNO tidak
boleh mengecil2kan keupayaan PAS menarik pengundi untuk parti mereka.