Rakyat Terengganu sangat menanti nanti pembukaan
pusat Perubatan baru KTS - Kuala
Terengganu Specialist Hospital di Batu Buruk. Walaupun Terengganu mendapat hasil
minyak yang lumayan sejak tahun 1976 lagi tetapi masih belum mempunyai Hospital
Perubatan Swasta yang baik serta boleh di banggakan sesuai dengan gelaran
jolokan negeri kaya Kuwait Malaysia.
Malangnya projek tersebut yang di mulakan pada awal 2012 dan sepatutnya siap pada akhir 2014 masih belum siap dan tidak dapat digunakan. Selepas 6 tahun, ia itu sudah hampir 3 tahun tergendala, Hospital tersebut di katakan menghadapi beberapa masalah dan belum dapat beroperasi.
Dipercayai antara masalah yang dihadapi adalah kemasukan air yang dilapurkan datangnya dari sumber dalam bumi yang membanjiri tempat letak kereta bawah tanah hospital. Tuduhan dan rungutan orang awam yang lebih membimbangkan lagi adalah tentang tumbuhnya "fungus" di beberapa tingkat ruang ruang dalaman hospital yang bolih menjadi jangkitan merbahaya kepada pesakit yang sedang dirawat.
Masalah yang sama telah melanda Hospital baru di
Temerloh yang memerlukan tindakan jangka masa panjang bagi memastikan
keselamatan pesakit serta orang ramai. Sebagai ahli Parlimen Kuala Terengganu
saya memandang berat isu ini dan memohon kerajaan bertindak dengan cara
profesional.
Saya mengesa pihak berkuasa dan kerajaan menyiasat
secara terperinci dan menyeluruh tuduhan masalah tumbuhan dan merebaknya
"fungus" dalam hospital KTS baru ini kerana seperti masalah yang sama
dahulu di Hospital Jerantut, ianya mempunyai implikasi yang serius jangkitan
kepada pesakit.
Saya juga mengesa pihak berkuasa melantik pihak
berkecuali untuk menjalankan "Siasatan
Odit Forensik"
keatas masalah
"fungus" ini untuk memastikan masalah ini di tangani dengan baik dan
profesional demi keselamatan pesakit.
Orang ramai memang sudah sangat kecewa dengan
masalah masalah yang berulang ulang keatas bangunan baru Terengganu seperti
Stadium bolasepak di Gong Badak, bumbung Kolam Renang di Batu Buruk dan Pusat
Pendidikan - Taman Ilmu di Besut yang sehingga sekarang masih tidak bolih di
guna .
Selepas perbelanjaan beratus ratus juta projek
projek ini terus bermasaalah merugikan rakyat. Pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia dan pihak berkuasa yang bertanggung jawap untuk mengeluarkan kebenaran
operasi Hospital di gesa menyiasat isu serta keadaan ini secara terperinci.
Soal kesihatan dan keselamatan nyawa pesakit tidak
bolih di kompromi olih mana mana pihak. Pihak kerajaan mesti telus dalam
siasatan situasi ini jika ada masalah dan kebenaran dalam isu isu tersebut
diatas.
YB Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah
Ahli Parlimen Kuala Terengganu