PAS
wajar mempertimbangkan kerjasama politik dengan UMNO dalam
membawa agenda perjuangan Melayu dan Islam, sekali
gus menumbangkan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata kedua-dua
parti itu berkongsi matlamat dalam memartabatkan Islam, manakala pakatan
pembangkang terutama DAP cenderung ingin menghapuskan hak
keistimewaan orang Melayu di negara ini.
Beliau
berkata, persefahaman mulai kelihatan antara PAS dan UMNO yang berupaya
menghalang cubaan menggugat orang Melayu jika kerjasama dalam PRU-14 terjalin.
"PAS
mengambil langkah bijak 'bercerai' dengan pakatan pembangkang. Bila dah
bercerai, carilah pasangan baharu dan cepat jalinkan kerjasama dengan UMNO
untuk PRU-14. "
Jika UMNO dan PAS bersatu, tiada pihak boleh menggugat orang Melayu.
"Buat apa kita 'bertumbuk' sesama sendiri jika membawa matlamat sama," katanya berucap pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman dan Ketua Wanita UMNO, Zarina Md Eusope.
Tajuddin
berkata, kalau pun kerjasama itu tidak menjadi kenyataan, UMNO dan BN masih
mempunyai kekuatan menumbangkan pakatan pembangkang pada PRU-14.
"Kita mahu bagi kesempatan PAS melakukan 'gencatan senjata'.
Kalau
kita boleh selesaikan (ketidaksefahaman), kita akan teruskan perdamaian," katanya.
Sumber: KLIK DISINI