Rakyat Terengganu sangat menanti nanti pembukaan
pusat Perubatan baru KTS - Kuala
Terengganu Specialist Hospital di Batu Buruk. Walaupun Terengganu mendapat hasil
minyak yang lumayan sejak tahun 1976 lagi tetapi masih belum mempunyai Hospital
Perubatan Swasta yang baik serta boleh di banggakan sesuai dengan gelaran
jolokan negeri kaya Kuwait Malaysia.
Malangnya projek tersebut yang di mulakan pada awal 2012 dan sepatutnya siap pada akhir 2014 masih belum siap dan tidak dapat digunakan. Selepas 6 tahun, ia itu sudah hampir 3 tahun tergendala, Hospital tersebut di katakan menghadapi beberapa masalah dan belum dapat beroperasi.
Dipercayai antara masalah yang dihadapi adalah kemasukan air yang dilapurkan datangnya dari sumber dalam bumi yang membanjiri tempat letak kereta bawah tanah hospital. Tuduhan dan rungutan orang awam yang lebih membimbangkan lagi adalah tentang tumbuhnya "fungus" di beberapa tingkat ruang ruang dalaman hospital yang bolih menjadi jangkitan merbahaya kepada pesakit yang sedang dirawat.