Selasa, 31 Julai 2012

Projek Gajah Putih - Waterfront Marang ???


Marang - Taman Rekreasi Waterfront, Pulau Kambing bakal berubah wajah dan mampu menggamit lebih ramai pengunjung dalam dan luar Terengganu tidak lama lagi apabila kerja menaik taraf lokasi pelancongan yang menelan belanja kira-kira RM168 juta.

Tapi disebaliknya pula projek 'Waterfront Marang' yang terbengkalai pembinaannya, menyebabkan pemandangan indah di muara Kuala Marang berubah wajah menjadi 'Hudoh' dan sakit mata memandangnya.

Projek melibatkan kontraktor Sri Limar Construction Sdn. Bhd beralamat Komplek DMara, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu. Projek bermula 16/01/2012 dan dijangka siap 15/01/2013.

Kontraktor yang sebeginilah yang sepatutnya di 'Senarai Hitamkan' oleh Kerajaan Negeri, memandangkan gerakkerja yang begitu mudah tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan, apatah lagi dibiarkan terbengkalai begitu saja.

 

Sebuah kedai 'Restoran ICT' yang sepatutnya menjalankan perniagaan terpaksa ditutup, bagi memberi laluan projek tersebut untuk dilaksanakan dalam jangka tempoh yang ditetapkan. Sekarang apa yang telah berlaku, dipersekitaran projek tersebut menjadi tidak terurus, laluan berjalankaki menjadi semak dipenuhi dengan rumput. Jijik mata memandang, terutama kepada pelancung-pelancung yang datang ke Marang untuk pergi ke Pulau Kapas.
 

Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan ????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...