Isnin, 30 Julai 2012

KEROSAKAN JALANRAYA DIBIARKAN BERTERUSAN TANPA DIBAIKPULIH !!!!


Marang 29/07/2012 - Sakit mata memandang dan sakit lagi pemandu-pemandu kenderaan yang melewati di jalanraya berhampiran dengan Balai Raya Rhu Muda, Marang.

Hampir-hampir 1 tahun lamanya kerosakan jalanraya ditempat tersebut dibiarkan begitu saja, tanpa diambil tindakan yang lebih drastik untuk menyelamatkan pemandu-pemandu yang melalui jalan tersebut. 

Mengundang kemalangan jiwa dan merbahayakan lagi, bagi pemandu-pemandu yang datang daripada luar ataupun pelancung-pelancung yang datang berkunjung ke Kuala Terengganu yang melaluinya pada waktu malam.

 

Adakah pihak-pihak yang bertanggungjawab hanya melihatnya saja atau tidak tahu bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ???

 

Rata-rata pemandu-pemandu yang ditemui termasuk penduduk setempat, merasakan rasa tidak puas hati dan terkilan diatas perkara tersebut yang sudah berlarutan sekian lama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...