Translate

31/07/2012

2 Orang Pesubahat Rasuah Di Denda


JOHOR BAHRU, 27 Julai 2012 - Dua orang awam dituduh secara subahat mengaku salah atas pertuduhan pilihan di bawah seksyen 213 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Tertuduh pertama,  Mohd Sazlee bin Kamaludin, 40 tahun dan tertuduh kedua, H Dantti binti Mohamad, 40 tahun, melakukan kesalahan secara subahat menerima wang tunai bagi pihak polis sebanyak  RM2,000.00 daripada Shanti binti Nasib, sebagai galakan untuk membantu melepaskan Abd.Aziz bin Nursidi yang telah ditangkap oleh anggota Polis dari Balai Polis Setia Indah, Johor Bahru kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Pertuduhan dijalankan dihadapan Hakim Mahkmah Sesyen 5, Y.A. Tuan Mohd Nasir bin Nordin. Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorfazlin binti Hamdan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kedua-dua tertuduh  mengaku salah atas pertuduhan dan dikenakan hukuman denda RM5,000.00 untuk tertuduh pertama atau 3 bulan penjara manakala tertuduh kedua didenda RM4,000.00 atau 3 bulan penjara.  Kedua-dua tertuduh telah membayar denda.

Bagi kesalahan  dibawah seksyen 213 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum di dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...