Translate

Memaparkan catatan dengan label Kes Rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Rasuah. Papar semua catatan

04/07/2016

Lim Guan Eng Bukanlah Anak Jati Pulau Pinang Perlu Dihalau Keluar

Ketika ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sibuk menyalahkan Barisan Nasional (BN) itu dan ini dalam isu pembelian banglo miliknya.

Dia boleh berkata apa sahaja. Biarlah undang-undang dan mahkamah menentukan.

Cuma yang sedang heboh di Pulau Pinang ketika ini, menurut sumber, tidak sekadar isu bang­lonya tetapi lebih besar lagi dikatakan ramai yang mahu Guan Eng pergi.

29/06/2016

MAK LAMPIR DAPAT KERETA PERCUMA DARI SYARIKAT HANSPEC ( M) SDN BHD

DI MANAKAH SYARIKAT HANSPEC ( M) SDN BHD? YANG BERI KERETA MERCEDES BENZ S280 KEPADA ZURAIDA @ MAK LAMPIR ?

1. Selepas pendedahan blog masterdedah 
mengena Syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd yang menghadiahkan kereta Mercedes Benz S280 nombor plat BNT9138 selain pendedahan penama syarikat seperti berikut;


- Lee Keat Keong
- Lee Ban Chew
- Phoon Sow Cheng

06/11/2014

RASUAH: Individu berjawatan penting disiasat melibatkan syarikat milik kerajaan (GLC),


Persoalan kini berlegar dikalangan wartawan siapa individu berjawatan penting yang berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tuntutan palsu bernilai jutaan ringiit.
Difahamkan bukan seorang tetapi beberapa orang berjawatan penting dalam sektor swasta.
Jumlah suapan yang diterima individu tersebut dikatakan melebihi nilai rasuah dalam kalangan sektor awam.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan yang pihaknya telah menerima maklumat berkaitan kes tersebut dan SPRM kini giat menjalankan siasatan ke atas kes-kes terbabit.

13/09/2012

Bekas pengurus SPNB hadapi tuduhan rasuah

BUTTERWORTH: Seorang bekas pengurus Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Wilayah Utara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan RM195,000, empat tahun lalu. 

Mohamad Radzi Shaari, 42, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mencadangkan Aman Enterprise memperoleh kerja pembinaan Skim Rumah Mesra Rakyat di Pendang, Kedah sedangkan mengetahui kerja pembinaan itu akan dijalankan oleh adiknya, Mohd Sohime Shaari.

23/08/2012

Pengurus Koperasi Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Rasuah


JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuat pertuduhan ke atas seorang Pengurus Koperasi Sinarjaya Bandar Tenggara Kulai Jaya Bhd. di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah 4, Johor Bahru kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009.

Tertuduh, Azman bin Anas, 40 tahun, Pengurus Koperasi didakwa telah menerima rasuah RM2,900.00 daripada Oong Ah Lee sebagai dorongan untuk meluluskan borang permohonan mengambil permit bahan bantuan di Lot PTD 4153 Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi.

Kontraktor Dihukum 1 Hari Penjara dan Denda RM60,000.00 Kerana Menipu


KUCHING – Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini telah menjatuhkan hukuman satu hari penjara dan denda RM60,000.00 ke atas seorang kontraktor setelah mengaku bersalah dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan. Hakim turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Abdul Halik Ali, 39, Kontraktor Yusuf Enterprise pada 19 Januari 2007 dituduh menipu Pejabat Daerah Bau dan Kerajaan Malaysia dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa kerja membaiki SK Segong, Bau yang bernilai sebanyak RM30,558.00 dalam Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam 2006 telah siap untuk proses pembayaran sedangkan kerja tersebut belum siap sepenuhnya.

31/07/2012

2 Orang Pesubahat Rasuah Di Denda


JOHOR BAHRU, 27 Julai 2012 - Dua orang awam dituduh secara subahat mengaku salah atas pertuduhan pilihan di bawah seksyen 213 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Tertuduh pertama,  Mohd Sazlee bin Kamaludin, 40 tahun dan tertuduh kedua, H Dantti binti Mohamad, 40 tahun, melakukan kesalahan secara subahat menerima wang tunai bagi pihak polis sebanyak  RM2,000.00 daripada Shanti binti Nasib, sebagai galakan untuk membantu melepaskan Abd.Aziz bin Nursidi yang telah ditangkap oleh anggota Polis dari Balai Polis Setia Indah, Johor Bahru kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

30/06/2012

Rasuah Bola Sepak : Bekas Jurulatih Piala Presiden Dipenjara 15 Bulan Dan Didenda RM 200,000.00

SEREMBAN, 28 Jun 2012 – Mahkamah Khas Rasuah, Seremban hari ini menjatuhkan hukuman penjara  15 bulan (berjalan serentak) dan denda RM10,000.00 bagi setiap pertuduhan yang disabitkan ke atas bekas Jurulatih Bola Sepak Piala Presiden Negeri Sembilan selepas  didapati bersalah terhadap 20 pertuduhan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. 

Yusarman Yusof, 36, terdahulu telah dituduh di Mahkamah ini pada Jun tahun lalu membabitkan 21 pertuduhan di bawah seksyen 16(b)(A) ASPRM 2009.

Tertuduh disabitkan bersalah terhadap 20 pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya iaitu pertuduhan pertama hingga pertuduhan ke-9 dan pertuduhan ke-11 hingga pertuduhan ke-21, manakala tertuduh dilepas dan dibebaskan bagi pertuduhan ke-10.

Pertuduhan adalah seperti berikut :

Pertuduhan Pertama :

22/12/2011

ESUK PENENTUAN BUAT KHIR TOYO SAMADA BERSALAH ATAU TIDAK


PENENTUAN BUAT KHIR TOYO.
BERSALAH ATAU TIDAK.

Begitu jahat dan teramat durjana fitnah yang dilemparkan kepada Khir Toyo. Akibat fitnah tersebut yang diburukkan dengan sifat menikam rakan seperjuangan dari belakang, Khir Toyo dipertuduhkan dengan tuduhan rasuah yakni "memperolehi suatu barangan berharga untuk dirinya dan isterinya dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi" Itulah intipati pertuduhan terhadap Khir Toyo.  Untuk pembacaan dan ulasan mantap mengenai perbicaraan Khir Toyo sila ke pautan ini MYKMU.

02/11/2011

KES RASUAH KAKITANGAN AWAM DI KELANTAN MENINGKAT ????


KOTA BHARU 31 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan kecewa dengan peningkatan mendadak kes membabitkan masalah integriti di kalangan kakitangan awam negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim berkata, pada tahun lalu, sebanyak 309 kes disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membabitkan kakitangan awam negeri ini.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak jika dibandingkan pada 2009 yang mencatatkan sebanyak 200 kes penyelewengan, salah laku dan salah guna kuasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...