Translate

30/06/2012

Rasuah Bola Sepak : Bekas Jurulatih Piala Presiden Dipenjara 15 Bulan Dan Didenda RM 200,000.00

SEREMBAN, 28 Jun 2012 – Mahkamah Khas Rasuah, Seremban hari ini menjatuhkan hukuman penjara  15 bulan (berjalan serentak) dan denda RM10,000.00 bagi setiap pertuduhan yang disabitkan ke atas bekas Jurulatih Bola Sepak Piala Presiden Negeri Sembilan selepas  didapati bersalah terhadap 20 pertuduhan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. 

Yusarman Yusof, 36, terdahulu telah dituduh di Mahkamah ini pada Jun tahun lalu membabitkan 21 pertuduhan di bawah seksyen 16(b)(A) ASPRM 2009.

Tertuduh disabitkan bersalah terhadap 20 pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya iaitu pertuduhan pertama hingga pertuduhan ke-9 dan pertuduhan ke-11 hingga pertuduhan ke-21, manakala tertuduh dilepas dan dibebaskan bagi pertuduhan ke-10.

Pertuduhan adalah seperti berikut :

Pertuduhan Pertama :

Bahawa   kamu,  dengan niat bersama  dengan dua orang yang masih bebas pada  19 April 2011  jam lebih kurang 9.00 malam  di City Idol Senawang,  No. 21 Jalan Cempaka 28,  Pusat Comersial Cempaka, Taman Cempaka, Senawang, dalam daerah Seremban, dalam Negeri Sembilan  telah secara memberi satu suapan, iaitu wang tunai RM 300.00 kepada  Adrian A/L Davadass ( NO KP 930201-07-5385), pemain bola sepak Pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan  sebagai dorongan  supaya Adrian A/L Davadass membantu menjaring gol dan memberi peluang kepada pemain Pasukan  Bolasepak Piala Presiden  Pulau pinang  SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada sesorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21.4.2011   dan dengan  itu kamu telah melakukan  satu kesalahan di  bawah sek 16(b) (A) ASPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 yang sama  dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Kesiksaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...