Ketika ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sibuk menyalahkan Barisan Nasional (BN) itu dan ini dalam isu pembelian
banglo miliknya.
Dia boleh berkata apa sahaja. Biarlah undang-undang dan mahkamah
menentukan.
Cuma yang sedang heboh di Pulau Pinang ketika ini, menurut sumber,
tidak sekadar isu banglonya tetapi lebih besar lagi dikatakan ramai yang mahu Guan Eng pergi.
Bagi pemaju tempatan, mereka tidak
kisah kalau DAP terus berkuasa di negeri itu. Yang tidak diingini mereka ialah
Guan Eng.
Guan Eng, kata mereka, bukanlah anak jati Pulau Pinang. Dia membesar di Melaka.
Kalau setakat bukan anak jati, tak mengapa lagi. Yang cukup mereka sakit hati
ialah apabila Guan Eng dikatakan membawa masuk sebahagian besar pemaju dari
Taiwan, China, Australia dan Singapura sebagai rakan pelabur.
Difahamkan, rata-rata pemilik tanah dan
pemaju banglo datang dari seberang laut. Tambah memeritkan apabila kerajaan
negeri sewenang-wenang menaikkan harga rumah.
Masyarakat Tionghua di Pulau Pinang
merasakan Guan Eng tidak memahami sentimen dan aspirasi mereka.
Justeru, mereka mengharapkan Pengerusi
DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tampil kerana beranggapan beliau lebih layak.
Walaupun Kon Yeow dari Selangor, jangka masa beliau bermastautin di Pulau
Pinang lebih lama iaitu sejak 1986 berbanding Guan Eng yang tampil hanya pada
2008.
Pada masa sama, Timbalan Ketua Menteri,
P. Ramasamy dikatakan turut disebut-sebut andai ‘terjadi sesuatu’ melibatkan
Guan Eng. Tetapi adakah Guan Eng berani meletakkan
Ramasamy sebagai penggantinya?