Translate

04/07/2016

Serangan bom tangan sah angkara IS

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan serangan bom tangan terhadap sebuah pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya, Puchong dekat sini pada 28 Jun lalu, didalangi kumpulan militan Negara Islam (IS), di negara ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata serangan itu dipercayai dilakukan atas arahan seorang ahli IS warga Malaysia yang kini berada di Syria, dikenali sebagai Muhamad Wanndy Mohamad Jedi. "Kita sudah menahan dua lelaki yang disyaki mendalangi serangan itu dan sedang memburu dua lagi rakan mereka. 

"Kedua-dua mereka ditahan di Pelabuhan Klang pada 1 Julai lalu dan dua lagi rakan subahat mereka sudah dikenal pasti identitinya," katanya pada sidang media di Bukit Aman, sebentar tadi. 

Katanya lagi, susulan kejadian itu juga, polis sudah menahan 15 individu yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan IS di negara ini TERMASUK DUA ANGGOTA POLIS. Khalid berkata, tujuh suspek ditahan di Kedah, Selangor (empat), Kuala Lumpur (dua) dan masing-masing seorang di Melaka dan Pulau Pinang.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...