JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuat pertuduhan ke atas seorang Pengurus Koperasi Sinarjaya Bandar Tenggara Kulai Jaya Bhd. di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah 4, Johor Bahru kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009.
Tertuduh, Azman bin Anas, 40 tahun, Pengurus Koperasi didakwa telah menerima rasuah RM2,900.00 daripada Oong Ah Lee sebagai dorongan untuk meluluskan borang permohonan mengambil permit bahan bantuan di Lot PTD 4153 Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi.
