Persoalan kini berlegar dikalangan wartawan siapa individu berjawatan penting yang berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tuntutan palsu bernilai jutaan ringiit.
Difahamkan
bukan seorang tetapi beberapa orang berjawatan penting dalam sektor swasta.
Jumlah
suapan yang diterima individu tersebut dikatakan melebihi nilai rasuah dalam
kalangan sektor awam.
Pengarah
Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan yang
pihaknya telah menerima maklumat berkaitan kes tersebut dan SPRM kini giat
menjalankan siasatan ke atas kes-kes terbabit.
