Translate

10/05/2013

HOT!!!! NIK AZIZ PENCEN, HUSAM MUSA JADI MANGSA !!!!!

SEBAHAGIAN penyokong Husam yang menyertai demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu

Penyokong Husam Musa bantah


KOTA BHARU - Kegembiraan kerajaan Pas Kelantan meraikan kejayaan mengekalkan pemerintahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tercalar apabila ia kini terpaksa berdepan dengan krisis dalaman yang serius.
Semalam, hampir 200 penyokong Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengadakan demonstrasi di hadapan kompleks pentadbiran kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim, di sini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan pucuk pimpinan negeri.
Kumpulan tersebut mula berkumpul kira-kira pukul 9.30 pagi untuk menyatakan rasa kecewa selepas Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan tidak dilantik memegang jawatan sama ada sebagai Timbalan Menteri Besar atau Exco Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun, tidak ada wakil daripada kumpulan itu tampil berucap kepada khalayak ataupun memberi kenyataan media sebaliknya mereka hanya mengangkat sepanduk sebelum bersurai kira-kira pukul 11 pagi.
Mereka turut mempertikaikan pelantikan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar yang baharu kerana mendakwa kedudukannya lebih rendah daripada Husam dalam hierarki parti itu di negeri ini.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Deputi Supritendan Noh Che Pa terpaksa menggunakan pembesar suara meminta kumpulan tersebut bersurai kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit berdasarkan Akta Perhimpunan Aman.
"Maklumat yang kita terima bahawa akan diadakan perhimpunan seramai 5,000 sehingga 10,000 orang di hadapan kompleks pentadbiran ini.
"Kawasan ini merupakan kawasan larangan dan tidak boleh diadakan perhimpunan, justeru saya merayu kepada semua supaya bersurai," katanya.
Akhbar semalam melaporkan Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan Husam telah disenaraikan sebagai Exco Kerajaan Pas Kelantan tetapi ia tidak mendapat perkenan Istana Kelantan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...