KOTA BHARU 10 Mei - Tindakan biadab Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengheret rakyat berdemonstrasi bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan beliau tidak mempercayai dengan ketentuan qada dan qadar.
Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman berkata, sekiranya Anwar berada di landasan orang yang beriman, beliau mesti reda dengan ketentuan qada dan qadar bahawa Barisan Nasional (BN) masih diberi kepercayaan memimpin negara.
Beliau berkata, Ketua Pembangkang itu sepatunya reda dengan keputusan tersebut sebagaimana pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am parti itu, Datuk Dr. Haron Din yang menerima dan menganggap keputusan itu pastinya mempunyai hikmah. - UTUSAN ONLINE