Translate

05/03/2015

MANA ADA BANDUAN DI SELURUH DUNIA DIBENARKAN HADIR PARLIMEN ???

Pakar perundangan: Benar Anwar ke Parlimen ibarat hina institusi kehakiman. Mereka cuba untuk memperlekehkan undang-undang negara.

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Tindakan Ketua Pengarah Penjara menolak permohonan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membenarkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke Parlimen bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat adalah tepat.

Menurut Pakar Perlembagaan dan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz, tindakan itu adalah berlandaskan undang-undang dan peraturan sedia ada yang diamalkan di negara ini.

“Kuasa untuk memberi izin kepada Anwar untuk ke Parlimen adalah di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Penjara.

“Secara peribadi saya bersetuju dengan keputusan menolak permohonan itu, kerana jika dibenarkan itu umpama menolak keputusan mahkamah tempoh hari,” katanya kepada TheRakyat Post.

Jelas beliau lagi, meskipun Anwar masih lagi Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, beliau juga merupakan penjenayah yang sudah disahkan bersalah di atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Oleh yang demikian, semua pihak harus menghormati keputusan mahkamah melainkan Ketua Pembangkang itu mendapat pengampunan dari pihak Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Kita maklum kalau banduan yang boleh keluar adalah mereka yang ada perbicaraan di mahkamah atau ada masalah kesihatan, itu pun akan diiring.

“Jika tidak, bagi saya ia akan memberi kesan yang mendasar kepada kuasa mahkamah, kita dah bagi kuasa kepada mahkamah untuk mensabitkan seorang itu pada kesalahan mereka.

“Sekiranya hukuman itu tidak boleh dilaksanakan, itu satu tamparan hebat buat institusi mahkamah atau kehakiman,” tambah beliau lagi.

Semalam, PKR menerima surat dari Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkifli Omar yang menolak permohonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membenarkan Anwar menyertai sidang Dewan Rakyat, Isnin depan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...