“Saya komen pendek saja, dia (Dr Mahathir) jilat ludah sendiri,” kata presiden PAS itu selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya hari ini. Pada 21 Mac lalu, DR MAHATHIR menerusi siaran langsung di Facebooknya MEMBERI JAMINAN AKAN MEMANSUHKAN AUKU, jika PH memenangi PRU14.
Pengerusi PH itu berkata, pemansuhan undang-undang itu bermakna tanggungjawab terletak di bahu ibu bapa untuk memantau prestasi anak. Hadi berkata, sebelum 1980-an, mahasiswa dan pensyarah bebas menyertai sebarang aktiviti berkaitan politik kerana kerajaan ketika itu tidak sedikit pun takut atau terkesan.
