PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur |
KUALA LUMPUR 29 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN).
Perdana Menteri yang datang dalam keadaan santai dengan hanya mengenakan baju kemeja lengan pendek berwarna kelabu dan berseluar hitam turut mendoakan Abdul Hadi semoga cepat sembuh.
"Menziarahi Tuan Hj. Hadi (Abdul Hadi) di hospital baru tadi. Moga cepat pulih, Insya-Allah," katanya menerusi Twitter sambil memuat naik gambar beliau bersama Presiden Pas itu. - UTUSAN ONLINE