PETALING JAYA: DUA AHLI POLITIK SAINGAN
SEPENDAPAT hari ini dalam mempersoalkan pihak berkuasa Mesir BERHUBUNG KEMATIAN bekas
presiden negara itu yang dipilih secara demokratik, MOHAMAD MORSI.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan
veteran DAP Lim Kit Siang berkata perlu ada siasatan yang adil terhadap
kematian Morsi, selepas laporan mengatakan beliau tidak menerima rawatan
perubatan asas yang diperlukan di penjara.
“Kami menggesa pihak berkuasa di Mesir
dan agensi antarabangsa untuk melakukan siasatan bebas dan menyeluruh terhadap
punca kematian Morsi, termasuk penjagaan beliau ketika di bawah pengasingan
bersendirian selama ini,” kata Hadi dalam mesej ucapan takziah terhadap
kematian Morsi.
Lim memetik laporan Amnesty
International dan Human Rights Watch mengenai kesihatan bekas pemimpin yang
semakin merosot dan penafian mendapatkan rawatan oleh junta ketenteraan Mesir.
“MASYARAKAT ANTARABANGSA PERLU MENGAMBIL
TINDAKAN TERHADAP KERAJAAN MESIR YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEMATIAN MORSI jika siasatan antarabangsa yang adil, teliti dan
telus mengesahkan kematian itu adalah akibat kegagalan pihak berkuasa
menyediakan penjagaan perubatan yang diperlukan untuk Morsi,” kata pemimpin DAP
itu dalam satu kenyataan.
Parti Kebebasan dan Keadilan yang
diketuai Morsi sebelum ini menuduh pihak berkuasa Mesir “sengaja membunuhnya
secara perlahan”.
Mereka “meletakkannya di dalam
pengasingan bersendirian … mereka menahan ubat dan memberinya makanan
menjijikkan … mereka tidak memberikan hak asasi manusia yang paling asas,”
katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Reuters.
Morsi berkuasa selepas partinya, yang
bersekutu dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang dilarang Mesir, memenangi
pilihan raya dan pilihan raya presiden yang berikutnya, selepas penggulingan
Presiden Hosni Mubarak.
Morsi digulingkan pada 2013 oleh bekas
menteri pertahanan dan Presiden sekarang Abdel Fattah al-Sisi, yang melancarkan
serangan terhadap penyokong Ikhwanul Muslimin.
Kumpulan hak asasi manusia berkata
beribu-ribu orang dipenjarakan dengan ratusan yang lain berdepan hukuman mati
selepas perbicaraan terus.
Rujukan: KLIK DISINI