Apabila Amerika mahu menyerang Iraq bagi menjatuhkan Saddam
Hussein, negara Uncle Sam berkenaan menjual teori Iraq memiliki senjata
pemusnah besar (WMD), sedangkan teori berkenaan tidak terbukti secara konklusif
dan dinafikan banyak pihak.
Seperti
dicatat sejarah, Amerika tetap menyerang Iraq dan kemusnahan besar yang berlaku
kepada negara berkenaan adalah akibat serangan Amerika dan bukannya kerana WMD
yang dijaja Amerika. Saddam akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh dan DENDAM AMERIKA untuk memusnahkan Iraq tercapai juga.
Berbalik
di negara kita, KERAJAAN
PAKATAN HARAPAN (PH)
juga BERTINDAK
SAMA seperti dasar Amerika terhadap Iraq,
apabila sedang rakus menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Akta Pengubahan Wang Haram dan
Pencegahan Pembiayaan Kegananasan (AMLA) bagi tujuan menyerang, menekan dan
memusnahkan UMNO serta memberi nama buruk terhadap legasi yang ditinggalkan
kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.
Pengumuman
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa
Koya mengenai tindakan lucut hak terhadap 41 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti
politik, individu dan perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB JELAS MENGAMBARKAN
TINDAKAN TERPILIH REJIM PH BAGI MEMUSNAHKAN PIHAK LAWAN.
Strategi
lumpuh dan musnah lawan dengan menggunakan agensi kerajaan, TANPA MEMPUNYAI BUKTI YANG KUKUH,
HARUS DITENTANG SEHABISAN. KERAKUSAN KERAJAAN PH menggunakan Amla tidak
boleh dibiarkan sahaja.
Pemuda
UMNO Kedah akan bersama dengan UMNO Kedah dalam menentang menerusi saluran
undang-undang tindakan AMLA berkenaan. UMNO Kedah adalah antara pihak yang
dinamakan dalam tuntutan AMLA itu.
Kami
juga menyuarakan DIMANAKAH
KEADILAN DAN KETELUSAN SPRM
apabila beberapa kes yang melibatkan pihak PH dibiarkan sahaja tanpa sebarang
tindakan.
Kami
ingin bertanya apakah SPRM tidak mahu membuka semula kes pembelian banglo oleh
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta kes rasuah melibatkan projek pembinaan
terowong di Pulau Pinang yang juga membabitkan Lim Guan Eng.
Begitu
juga KES
HABUAN RM800,000 YANG DIPEROLEHI SETIAUSAHA POLITIK MENTERI PERTAHANAN yang sepi tanpa berita sehingga
sekarang, kes monopoli kontrak di Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan,
yang dikatakan DIKUASAI ANAK MENTERI KEMENTERIAN itu,
termasuk kes melibatkan Setiausaha politik Perdana Menteri, Zahid Md. Arip
dalam pembelian Merdeka Palace Kuching, Sarawak serta beberapa kes lain seperti
yang pernah dinyatakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Sekiranya
SPRM benar berani dan telus kami mendesak agensi itu mengambil tindakan
terhadap kes-kes yang disebutkan tadi. Jangan SPRM menjadi badan siasatan yang
hanya bertindak atas wahyu atasan mahupun menjadi pelaksana agenda dendam pihak
tertentu.
Melihat kepada kepantasan pengumuman oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
yang baharu ini, timbul pertanyaan adakah perletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya
sebelum ini iaitu Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ada kaitan dengan kes AMLA kumpulan 41
ini. Adakah keenganan beliau mengambil tindakan menyebabkan jangka hayat
kontrak beliau tiba-tiba disingkatkan.
Pemuda
UMNO Kedah kecewa dan berpandangan, TINDAKAN
‘DOUBLE STANDARD’
Latheefa Koya
dan pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM hari ini sudah benar-benar
menjadikan suruhanjaya itu alat politik kerajaan Malaysia Baharu! Takziah SPRM!
Rujukan: httpKLIK DISINI