SUNGAI BESAR - Seramai 32 ahli Penaja Parti
Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Ab Shukur kerana kecewa dan tidak berpuas hati
dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.
Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, Amanah telah
melatakkan calon yang salah dan tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen sebagaimana yang diharapkan penduduk Sungai
Besar.
“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana
beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana
menetap di Pahang.
“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan
melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya
berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam
satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.
Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan
tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong.
“Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara
kotor, semua pemimpin yang menghidupkan
parti tersebut telah disingkirkan.
“Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik
untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban terhadap
rakan-rakan parti di Sunagi Besar,” katanya.
Katanya, beliau pernah suarakan ketidakpuasan
hati ahli terhadap calon pada pimpinan tertinggi negeri
tetapi mereka tidak mengendahkannya.
“Jawapan yang kami terima menduka citakan seolah-olah melepaskan batok di tepi tangga sedangkan masih ramai calon di kalangan anak tempatan yang
berwibawa,” katanya.
Justeru, Sapigni berkata, beliau menyeru supaya
pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih
Budiman sebagai
galang ganti Azhar mahupun calon Pas, Dr Abdul Rani Othman.
Panas: BACA LAGI DISINI
Panas: BACA LAGI DISINI